Tuesday, March 31, 2009

Kerusi Oh Kerusi..

Apa kisahnya satu kerusi bakal direbut 15 calon untuk pilihanraya kecil Bukit Selambau. Pertama kali aku baca suratkhabar, pertandingan 15 penjuru....Paling-paling yang aku pernah baca pun ditulis dimedia hanyalah pertandingan 2 atau 3 penjuru saja.

Adakah pilihanraya ini menjadi bahan jenaka setempat dengan bermacam-macam logo bakal menghiasi Bukit Selambau? Mungkin para calon yakin masing-masing mampu memenangi kerusi yang dipertandingkan. Atau duit dah banyak sangat...setakat hilang wang pertaruhan apalah sangat salam keadaan ekonomi yang separa gawat ini..

Macam main 'musical chair' pilihanraya kecil kali ini..

Friday, March 27, 2009

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO


Kredit : Berita Harian

Keputusan pemilihan telah diketahui. Tahniah pada yang berjaya..Harapnya jangan janji aje berdegar-degar, hasilnya hampeh geduak jua..

Aku sempat menyaksikan keputusan secara langsung dari Mini Studio RTM di PWTC. Malam ini, aku hanya mahu menyaksikan keputusan Timbalan Presiden dan MT yang berjaya. Memang aku bersorak apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menang jawatan itu. Juga masa menteri aku, Datuk Ahmad Shabery sangkut jawatan MT. Harapnya tiada rombakan menteri untuk kementerian aku kerana aku tak kuasa rasanya menyaksikan aksi-aksi yang tak ingin aku lihat untuk tahun 2009 ini.

Aku tak tahu apakah keputusan malam ini menjadikan team UMNO lebih mantap. Sebab menyaksikan Ketua Pemudanya sudah menggoyahkan hati ahli-ahli UMNO. Yang lain itu sekadar ok la...mungkin mampu merubah nasib parti ini.

Apapun, ini bukanlah permulaan dan bukan pengakhiran. 3 pilihanraya kecil bakal menentukan sokongan rakyat dan bayangan PRU akan datang. Jadi, rapatkan barisan..udah-udah la sebak-sebik di dada dan masa ini rakyat melihat - di mana kesetiaan anda selepas menang/kalah pemilihan.

Aku takde kepentingan langsung dalam ini gambar hu..hu..hu..

Thursday, March 19, 2009

Earth Hour


Lama tak update. Sibuk alasan basi paling unggul.
Ok, abaikan....


28 Mac 2009 - Earth Hour. Pasti tak berjaya aku lakukan sebab hari itu kena pergi kursus kat Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau aku kat rumah sure aku padam semua lampu.
Selamat memberi bumi ruang bernafas walaupun satu hari...

P/S : RTM kalau bergelap jawapnya takde siaran la :)