Wednesday, March 24, 2010

a.p.o.l.o.g.y.



Gil Grissom: I owe you an apology.

Lady Heather: Apologies are just words.

Thursday, March 18, 2010

Under The Mountain : Tak Payah Tengok Pun Takper...


Apa sangat la yang aku nak tulis pasal filem ini...Mungkin catatan ini lari dari paksi bumi dan landasan keretapi maut kerana beberapa kekecewaan yang amaaaatlah nyata :-


  1. Aku nak tengok Alice In Wonderland sebenar-benarnya...terima kasih kepada cuti sekolah hasrat itu terbantut dengan berbondong-bondong anak-anak kecil dan ahli keluarga memenuhi pawagam seluruh negara.....

  2. Aduhai orang yang duduk sebelah aku itu. Bau badan engkau yang macam gamat mati kena simbah asid, bercampur bau softlan busuk dan juga baju yang entah dah 13 tahun kau tak pernah basuh itu menusuk hidung aku...Menyebabkan konsentrasi aku terus terganggu.

  3. Ulasan selari (masih lagi merujuk perkara no.2) kepada rombongan cik kiah yang kau bawa berserta dengan loghat negeri yang ketara itew membuatkan hati aku panas, hidung aku makin sakit dan aku separa amnesia di situ.

Ok...berbalik pada filem di atas. Cerita yang memang korang bole agak jalan cerita dan apa nak jadi. Takder apa yang marvellous pun. Sampai tahap itu penerimaan aku sampaikan aku enggan menulis sinopsis cerita ini. Ini adalah antara cerita keji selepas Paul Blart - Mall Cop, membuka agenda wayang time aku tahun 2010 ini.


Tak boleh tidak, kalau korang tengok filem ini unsur-unsur filem Lord Of The Ring, Pirates Of The Caribbean, dan lain-lain filem mesti korang perasan. Apakah maknanya 7 ekor manusia separuh pokok yang berlagak macam Fraterniti Zen 10??!!


Apa benda nie, korang tak faham?? Memang la tak faham...Sebab aku malas nak explain.....korang tengok la sendiri - lagi sebulan bila DVD cetak rompak berada di pasaran. Lepas tu, sagatkan DVD tu dan buang ditempat yang dibenarkan. Sekian.