Wednesday, December 29, 2010

Roadtrip Bebeh!

Agak menggeletis perasaan aku dikala ini. Beberapa jam lagi roadtrip edisi kedua akan membelah Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke destinasi yang tak pasti. Yang pasti hanya kita mengepalai misi ini dan yang pasti juga, 'ke-eksaitetan' ini membuatkan mata aku semakin buntang.

Dah lama tak mengulang kisah sebegini..Aku ingat kali terakhir dulu kami sempat mencipta sinopsis novel cinta keji giler semasa roadtrip ke Cherating. That was 2 years back..Sebelum aku masuk unit siaran langsung yang membantatkan cuti Sabtu Ahad. Mujur dia pun dihambat kerja makanya takde la rasa apa sangat kalau tak dapat berpoya-poya bersama.

Roadtrip memang best..Syahdu amat. Sebab masa tu aku akan sedaya upaya memaksa tune Klasik Nasional, bertukar hampir semua mix CD yang ada dan berduet lagu It's All Coming Back versi Meatloaf featuring Marion Raven dengan key yang kejap masuk banyaknya tersasar dari matlamat. Belum masuk lagu-lagu dalam siri How I Met Your Mother-Sandcastles In The Sand dan Let's Go To The Mall..

Edisi makan-makan juga membuat aku teramat eksaited sebab setiap tempat yang aku tuju mesti ada makanan wajib yang aku nak baham. Check list takde sebab aku masih blur kat mana kami akan bermalam. Pakaian setakat cukup penuh beg sekolah. Tak payah banyak-banyak sebab memberatkan bahu menggalas nanti :)

Perempuan chantek tak payah cakaplah..Sentiasa cukup memeriahkan pandangan majazi dan merancakkan hari-hari yang dilalui.

Roadtrip ini satu benda yang aku nanti. Sebab masa itu aku akan mengingatkan diri aku betapa indahnya bumi tuhan dan betapa bertuahnya aku berbanding manusia lain. Kita semua mencari escapism dan aku hampir pasti aku akan temuinya sebelum 2010 berakhir..

Takdelah benci sangat dengan tahun ini. Tak juga seronok menanti tahun baru. Usia makin bertambah. The big 3 membuat aku paranoid sebab tak sempat pangkah habis apa yang perlu aku buat.

So, are you ready? For sure...walaupun aku tak packing apa benda lagik. Masih ada masa..

Tuesday, December 28, 2010

1 Minggu Lagi...

Satu hari nanti episod duka lara akan berakhir juga.Pengakhirannya mungkin cemerlang. Mungkin juga ia victory yang membuatkan aku mencari trofi yang sesuai selaras dengan kejayaan menghumban episod itu ke lurah yang paling dalam..

Secara serius, aku memang dah tak kuasa nak melayan emosi yang tak ke mana. Bukan saja tak mendatangkan duit ringgit malah mematikan syahwat kehidupan dan merosakkan emosi yang sudah semulajadi reput.

Kenapalah tahun nie aku tak capai apa yang aku azamkan? Kenapalah aku enggan mengikut rejim yang dituntut, padahal benda tu bukan la misi mustahil sangat pun. Menyalahkan masa samalah macam anjing menyalak bukit..Aku aje yang malas. Tak konsisten dan sibuk.

Selak balik apa yang jadi, it wasn't all bad..aku admit juga dalam kepahitan. Tapi life must go on..Aku bersyukur dipanjangkan usia, disihatkan akal dan kehidupan yang berwarna-warni. Jangan pula kerana pengakhiran tak seperti yang aku jangka maka aku tenggelam dengan rasa gagal dan sabdu-sabdu yang menghiba.

Ada masanya aku perlukan ruang untuk bersendiri. Jauh dari kehidupan dan jauh dari manusia yang aku kenal. Ada di bumi asing dengan total strangers. Aku selalu cakap, ada masanya Ultraman pun tahu letih jugak. Tapi aku bukan watak animasi yang pelbagai karekter. Seperti engkau, aku juga manusia yang ada perasaan. Lebih dari itu, aku punya dendam dan amarah yang boleh membuatkan aku jauh dari engkau dan insan keliling.

Waktu akan berlalu dan masa akan memadamkan kejahilan yang pernah ada. Bukan aku saja..Engkau pun begitu juga. Sejauh mana kita cuba humban, jauh di hati kita akui kita pernah saling mengenali. Kita pernah berkongsi rasa. Rasa itu tak akan mati. Yang mati hanya sinambungannya saja.

Yup, aku memang complicated. Memang usah cryptix ini tapi atas dasar kefahaman dan memahami aku yakin. In fact sangat yakin akan ada pengakhiran yang cemerlang. Aku pernah cuba ubah haluan. Tapi gagal dan gagal beberapa kali. Tak adil menyalahkan sesama sendiri sebab muhasabah diri menyebabkan aku akan menyalahkan diri aku berkali-kali.

Aku hanya tuntut kesabaran..Hanya sabar akan menjadi pengikat berapa jauh kita akan berlayar. Aku juga akan bersabar. Memang rasa sabar ada pada diri kamu tapi sabar dengan aku satu benda yang begitu mencabar. Aku tahu..sebab aku pun selalu hilang sabar dengan aku.

Aku tak boleh janjikan bulan bintang pelangi bagai. Aku juga tak boleh berjanji emosi ini tidak akan kembali. Tapi aku akan cuba sesungguhnya.

Dunia tak kejam. Aku yang kejam menghuni di dalamnya dengan menjadi raja neraka. Akankah itu semua berubah sekelip mata? Sekali lagi aku tuntut kesabaran..Kesabaran yang tinggi melangit.

Untuk itu, aku minta maaf..Maaf atas masa yang aku abaikan. Perasaan yang aku calarkan dan rasa benci yang aku cipta yang menjarakkan aku dengan kamu. Aku cuba berjanji pengakhirannya akan indah.

Pergilah jauh-jauh 2010..Aku kenang apa yang indah, aku lipat kesedihan yang kau palitkan.