Tuesday, October 23, 2007

Mari Dengar Cerita MATTA Fair

MATTA Fair
(Photo Credit : Tourism Johor)

Khabarnya, kalau kita ke MATTA Fair kita berpeluang untuk mendapat pakej percutian yang menarik, affordable dan berbaloi dengan duit. Khabarnya...Mungkin applicable kalau MATTA Fair itu berlangsung di PWTC. Kalau di tempat lain, aku pasti situasinya tak sama langsung.

Ini pengalaman sendiri..Aku dan suami bersetuju untuk berhari raya di Kuala Lumpur dahulu sebab 19 Oktober akan diadakan MATTA Fair di Mahkota Parade, Melaka. Seawal 10.00 pagi, kami sudah sampai ke tapak jualan di mana tak banyak pun tapak jualan yang mula beroperasi. Masing-masing baru nak terhegeh-hegeh pasang apa yang patut. Disebabkan kami memang berniat datang untuk mencari pakej, terpaksalah kami menunggu agak lama.

Jika anda berlegar-legar di tapak jualan, telinga anda tak boleh tidak pasti terdengar ungkapan ini "Abang Kakak nak percutian percuma tak? Silalah berkunjung ke tempat kami" (sedap bunyinya - pakej free) Ataupun lebih menarik, "Abang Kakak dengar saja penerangan kami, lepas tu kami bagi pakej free...Tak payah bayar apa pun".

Siapa yang tak cair mendengarnya..Ceritanya baru nak bermula.

Ayat-ayat manis ini biasanya ditaburkan oleh pekerja-pekerja yang mana syarikatnya menawarkan keahlian percutian yang setiap satu harganya paling murah RM 10,000 untuk 30 tahun. Untuk 50 tahun pun ada. Perlu diingat, itu belum masuk annual fee yang berharga RM 400.00 setahun. Kali la dengan 30 atau 50 tahun. Kalau orang kerja sendiri ataupun swasta yang gajinya 5 angka satu bulan memanglah tak ada masalah. Tapi kalau setakat kakitangan kerajaan yang baru nak menapak, RM 10,000 tu banyak..Boleh buat down payment rumah pun.

Disebabkan kami datang awal pagi dan banyak gerai belum buka, aku dan suami bersetuju untuk mendengar penerangan daripada agent jualan yang beriya-iya suruh aku dengar. Sebagai mukadimah, mereka akan menceritakan tentang profile syarikat, apa jenis perniagaan, keratan akhbar, berapa banyak hotel mereka ada blah..blah...blah..

By the time aku dan suami nak angkat punggung, kami di tahan lagi. Ok fine..kami dengar juga penjelasan dari agent tu. Cheh, dia pernah ke Bali la, syarikat bawa sebagai insentif. Dia pun ada keahlian, kalau tak buat apa dia promote. Dalam hati aku nie dah banyak berkata-kata. Kalau tak sebab kau kerja situ, jangan harap la sampai ke Bali. Keahlian dia tu pun sebab dia kerja sana juga. Cuma letak diri dia di kedudukan kita. Aku pasti dia pun fikir panjang sebelum jadi member. Tapi satu yang aku respect adik nie, dia tak mendesak dan memberi penerangan dengan baik.

Berhati-hati bila tanya bayaran keahliannya berapa? Sebab apa, masa ini dia akan panggil boss dia untuk persuade kita tentang membership. Ish pakcik nie..dah la bau rokok satu badan. Mulut busuk gampang! Aku dan suami dengar aje la, tapi masih dengan pendirian kami untuk tidak menjadi ahli kelab tadi. Agak-agak 15 minit, sessi pun berakhir. Aku dan suami nekad nak cabut. Adik agent tu minta 10 minit untuk siapkan baucer percutian percuma yang dia janjikan tadi..Ok, kami tunggu. Sebab pakej free satu hal, yang utama sebab masa kami dah terbuang. Kalau diorang boleh ganti dengan pakej percutian, kenapa tidak.

Adik agent tu pun siapkan baucer..(Agent tu lelaki..rasanya umur dia dalam 23 tahun.) Bila kami tengah berdua dan baru nak mengutuk boss yang mulutnya gampang tadi, datang pula seorang lagi agent perempuan. Hmmm... cantik juga. Sure cair siapa-siapa yang tak kuat iman.
Dia ulang balik penerangan tadi. Aku hati dah panas..Paling membara dia boleh tanya apa masalah akak tak ambil pakej ini. Ini tawaran seumur hidup. Dengan baik aku cakap:-

"Dik, saya nie dah kawin. Kena bincang dulu benda nie dengan suami. Lagipun kami banyak masalah nak kena selesai.."

"Apa masalah akak, boleh bagitau?" Dia tanya senyum-senyum. Kambing lagi kiut!

Time nie aku dah angin satu badan. "Eh, takkan masalah dalam kain pun aku kena bagitau engkau" - aku bentak kat situ jugak. Ramai yang pandang, aku tak peduli. Suami aku pun tak kisah. Sebelum dia yang bertempik biar aku mulakan dulu.

Agent lelaki yang melayan kami datang dengan muka cuak, memberi baucer percutian 3 hari 2 malam ke mana-mana lokasi yang tersenarai. Ingatkan dah selesai..Si perempuan mulut puaka tu tambahkan amarah aku.

"Kalau percuma, akak tak kisah pula ya" celah agent perempuan yang macam hanjing tu.

"Eh, korang yang cakap dengar aje. Ingat aku hadap sangat ke benda nie. Kalau nak, depan awak saya boleh koyak benda nie" aku sembur balik. Walaupun tak sekuat tadi, nada tekanan tu masih ada.

Sudahnya gerai itu kami tinggalkan..Aku memang cadang nak sound minah tu kalau dia masih nak bercakap dengan kami. "Awak pernah dengar tak agent MATTA Fair kena tumbuk masa karnival? Jangan mintak jadi orang pertama"..

Aku dan suami berjalan lagi. Jenguk-jenguk gitu aje gerai jualan yang ada. Takut terkena lagi macam tadi. Kedai masih banyak belum dibuka. Kami dah mula sakit hati. Tak sampai 5 minit, seorang jurujual melintas depan kami, orang India. "Kak, nak pakej percutian percuma tak?"

Aku dan suami berpandang sendiri - not again!
"Mana ada benda free dlm dunia nie. Ini mesti kena join membership. Tak apalah " aku berbudi bahasa.

"Betul free kak..kalau tak tak kan ramai orang digerai saya"
Aku perhati sekeliling. Memang ramai orang kat tapak jualan dia. Semuanya kusyuk mendengar penjelasan.
"Betul nie free, tak ada join membership" aku minta kepastian.
"Betul kak..kalau akak ambil adalah duit raya untuk saya. Deepavali nak dekat nie" jurujual tu meyakinkan kami.

Aku pandang suami. Ok, kami setuju. Pakej free lagi..Jurujual lain dari syarikat yang sama pula yang member penerangan kepada kami. Awal-awal lagi aku dah bagitahu. Apapun, aku tak akan ambil membership nie. Kalau dia nak, kami boleh belah sekarang, tak buang air liur dia dan tak buang masa kami. Dia pulak macam berbelah bagi. Sebenarnya agent syarikat nie perasan yang aku bertekak dengan agent gerai sebelah. "Diorang memang macam tu kak..sebab syarikat diorang agent jualan. Kami nie direct source" kata salah seorang jurujual..

"Tak apalah Abang, kami memang tak minat. Kami datang nak cari pakej." Aku tegaskan lagi.

Satu aku respect manusia ialah bila dia berterus-terang walaupun pahit. Slow dia cakap
"Kak, saya tak sampai sebulan kerja sini. Kalau akak dengan abang bangun sekarang nanti boss saya ingat saya nie tak pandai kerja. Tapi kalau nak gerak juga, tak apalah" dia bagitau-sangat jujur!

"Ok, kami tunggu sebab nak jaga air muka awak. Boleh ke dapat pakej nie?
"Boleh kak, jangan risau. Dengar aje penjelasan kami sampai habis."

Aku spend 2 jam kat kedai tu, proses yang sama seperti di atas berlaku. Tetapi aku puji mereka sebab tidak mendesak dan jujur. Itu yang penting.

Kesimpulan di MATTA Fair itu, aku dapat pakej percutian PERCUMA 5 hari 4 malam ke 2 destinasi, TETAPI gagal mendapat pakej percutian ke Bali yang kami inginkan. Tak apalah...Aku spend 3 jam 30 minit untuk mendapat percutian percuma. Berbaloi ke? Hmmmm...fikirlah sendiri!

Monday, October 1, 2007

Kopi Dulu..Kopi Sekarang


Aku memang suka kopi. Kalau dulu, kopi 'O' atau kopi susu sahaja pilihan yang ada. Tapi kini kopi sudah dikomersilkan. Apatah lagi bila kopi tenaga; campuran ginseng, tongkat ali atau kacip fatimah mula membanjiri pasaran, semuanya berlumba-lumba untuk mencuba.

Situasi dulu, kita duduk kat kedai kopi Pak Saman sambil berborak pasal kerja. Situasi kini, kita duduk di Starbucks/Coffee Bean/San Francisco Coffee untuk bekerja!

Hmmm......dunia dah berubah. Menikmati kopi dengan harga RM 15++ seorang. Sedap sangat ke kopi tu? Kalau tak kedai mamak aku rasa tak sampai RM1.50 pun. Mungkin sebab persekitarannya yang nampak eksklusif kot.

Aku pun melepak di kedai kopi...Seperti orang-orang tua lain yang mengisi masa lapang sambil mengorat Mek Limah Janda. Tapi aku melepak dengan dengan suami. Memerhati remaja-remaja yang baru nak naik, baru nak kenal kopi yang sedang menyelongkar dompet mencari saki baki duit nak bayar kopi. Kalau tak mampu, buat kena ketawa aje dengan geng yang lain.

Kopi pun berupaya melambangkan status..