skip to main |
skip to sidebar
Lalat bukan la binatang yang buat aku kagum pun. Tapi mungkin otak lalat besar sikit daripada otak sebahagian manusia yang aku temu dalam kehidupan sehari-hari.Ok, berbalik pasal lalat....Dia kami beri nama Encik Lalat. Kami yang aku maksudkan adalah hampir 80 remaja berusia 18 tahun pada tahun 1999 yang menyertai Program Khidmat Sosial Negara peringkat Negeri Selangor. Kiranya sekarang program itu ala-ala Program Khidmat Negara. Bezanya, program kami mengambil masa 23 hari dan makhluk yang dipilih pulak terdiri daripada extraordinary teenagers seluruh negeri Selangor. So, aku antara eksperimen program ini sebelum dibawa keperingkat nasional, gamaknya.Kalau tak silap, En. Lalat ini nama dia En. Ramly. Lelaki skinny separa tinggi dengan rambut macam landak terpacak dan berusia sekitar pertengahan 30-an ketika itu. Rasanya masa tu dia kerja Jabatan Belia Selangor...tak pun makhluk upahan untuk menyampaikan motivasi dengan cara beliau yang mengundang rasa benci para peserta. En. Lalat mengendali hampir semua sessi semasa kami berada di sebuah kem di Kuala Selangor.Fahamilah ketika itu kami semua berusia 18 tahun...perangai pun tak berapa nak molek lagi dengan pergaulan rakan sebaya yang ayatnya berterabur dan jiwa panas anak muda. Agresif, opportunist, dan lain-lain ayat yang membawa konotasi yang sama.Jadinya, standard la setiap kali pembentangan kertas kerja, adanya sessi soal-jawab. Di tambah dengan misi mengumpul markah kumpulan paling tinggi, riuh dewan itu...Begitu riuh sampaikan sound system murah yang dibekal pihak hostel tidak mampu melawan kuatnya perang suara kami.En. Lalat suka tanya soalan...tapi setiap kali dia mengulas jawapan yang kami beri ayatnya sungguh sinis. Macam la kami nie bingai sangat. Dan En. Lalat suka provoke kami dengan soalan-soalan yang pelik-pelik. Aku tak ingat soalan apa yang dia tanya, tapi satu dewan kecoh memberi jawapan sampai kalau tak silap pemahaman aku ada kalangan kami yang lelaki dah genggam penumbuk untuk ditala kemuka beliau yang macam pemuda-pemuda di Penjara Taiping.Tiba-tiba Encik Lalat bertempik - SAYA TAK SUKA KAMU SEMUA JADI LALAT!!!Satu dewan diam. Kalau aku ingatkan balik emosi aku masa tu, rasanya aku dalam suasana amarah yang melupa-luap. Sayangnya...aku tak ingat soalan itu.Encik Lalat menambah - Kalau nak jawap, angkat tangan. Kamu semua macam lalat...saya tak suka kamu semua jadi lalat.Kerana itu kami memanggilnya Encik Lalat!Dan aku angkat tangan. Dengan penuh emosi aku menjawap soalan beliau dan rasanya tepukan memang bergemuruh masa aku menjawap. Muka dia, huh! masih macam takde emosi. Encik Mod Nazri, penyelaras PKSN terpaksa menghentikan sessi itu sebelum waktu sebab memang keadaan semakin genting.Tak cukup dengan itu, selepas sessi itu berakhir aku sempat menulis nota mengejut mengukuhkah jawapan aku itu. Aku hentam dia...aku kutuk dia semahu-mahunya. Dan aku sendiri hantar depan mukanya...Jangan memain...keturunan Dubalang Sakti ini....Sakti di jiwa berapi di kata...Esoknya, masih ada modul yang dikendalikan En. Lalat. Ramai yang buat tak reti aje. Tapi aku memandang juga, mendengar juga apa yang dia nak kata waaaalaupun muka memang takde perasaan. Modul itu berakhir sangat awal.....Dikala kawan-kawan lain berpusu-pusu menghala ke kantin, dia datang pada aku dan menghulurkan 1 kaset." Ini untuk awak...awak berhak dapat dan awak berjaya memahami apa yang cuba saya sampaikan...." kata En. Lalat. Senyum separa ikhlas diberi dan kaset itu aku ambil dengan ucapan seringkasnya - terima kasih.***************Kursus 23 hari berlalu....semua happy jumpa keluarga sampailah hari keputusan SPM diumumkan. Aku menerima kad dari Encik Lalat. Ucapannya lebih kurang 'Tahniah atas keputusan SPM yang aku terima dan ayat-ayat lain :) Macam dia tahu cemerlang sangatlah keputusan yang aku dapat...*****************UiTM 2002....Aku bertemu Encik Lalat secara tak sengaja. Dia belanja aku dinner di Intekma Resort. Itu kali terakhir aku berjumpa Encik Lalat...aku harap aku akan jumpa dia lagi dan En. Mod Nazri.