Thursday, January 8, 2009

Super Mario Bros Bukan Lagi Pilihan


Dari Sega ke Nintendo, Gameboy ke PSP, Ice Box, Wii dan segala macam medium lain yang mampu mengoyak-rabakkan poket ibubapa, main game memang memang satu kecanduan. Aku sendiri zaman sekolah rendah dulu sampai sanggup ponteng sekolah dan bertenggek di gedung yang menawarkan permainan ini secara RM 1 untuk 30 minit.

Game kegemaran, pastinya Super Mario Bros. Walau dalam bentuk apapun ia, aku tetap gemar memainkannya. Mungkin kerana game ini sangat simple dan keseronokan mengumpul 100 diamond untuk mendapat 1Up.

Tapi kini Mario bukan pilihan....Luigi mungkin tersenyum puas hati dengan kejatuhan Mario. Counter Strike juga semakin dilupai dan muncul segala macam permainan baru. Ah, aku pun dah ketinggalan sejak sibuk dengan kerjaya yang dibina.

Mario Bros dalam kenangan...Jika aku jumpa perisian Mario Bros untuk Wii, aku akan cuba berjinak-jinak dengan Wii pula..(Aku tak suka Wii sebab tak reti nak guna...)



Wii Sports is best-selling game ever
Jock blockbuster topples Mario.
By
Ben Silverman

Well, that didn't take long.
According to game-tracking website
VGChartz, sales of Nintendo's pop-culture phenom Wii Sports have surpassed those of legendary platformer Super Mario Bros., making the breakout Wii title the best-selling video game of all time. And it only took two years and two months to do it.


The data is based on cumulative worldwide sales figures ending the week of December 27, 2008, which indicate that lifetime sales of Wii Sports have exceeded Mario's staggering 40.24 million units.


Shocked? Don't be. Unlike most video games that can be bought at retail, Wii Sports comes bundled with the Wii hardware in every territory other than Japan and Korea. In other words, if you bought a Wii, you bought Wii Sports whether you liked it or not (chances are, you liked it). With over 45 million Wiis sold worldwide to date, it's only logical that Wii Sports would start smashing records sooner or later.


Artikel lanjut, klik sini.

Thursday, January 1, 2009

Azam Berazam?

Aku melepak di Victoria Station bersama Pengejar Masa. Sengaja aku memilih tempat itu sebab teringin nak makan dengan 'feeling-feling orang kaya'..Asyik makan nasi bungkus pun muak juga. Jam 9.00 malam dia tiba di Angkasapuri dan kami menuju ke destinasi sambil borak-borak kosong.

Me : Apa azam u tahun nie?
PM : U tak baca blog I?
Me : Tak sempat...
PM : I takde azam....

Aku tanya, kot-kot la azam dia nak jadi Datuk ke, nak menjadi ketua keluarga yang bersih dari skandal ke..Jawapan dari Pengejar Masa buat aku rasa lain macam...(Mungkin sebab aku manusia berazam sejak dari aku tahu apa itu azam..)

Pengejar Masa cakap lebih kurang begini..
'I baca statement pasal berazam tadi. Dia cakap, kalau orang tu berazam nak kurus, setahun dia akan rasa diri dia tu gemuk, low self-esteem etc..etc. So, kalau dia tak capai azam tu maknanya dia gagal dan dia bertambah stress dengan azam yang dia buat. So, baik tak payah ada azam..'

Suka hati la....Azam pada aku macam satu sasaran. Bila kita ada sasaran, kita akan ada sistem. Persetan sistem tu kita ikut ke tidak, tapi bak kata Meatloaf - Two Out Of Three Ain't Bad. Setiap hari aku senaraikan apa yang perlu aku selesaikan mengikut kepentingan. Tak dapat semua, selesai sikit pun aku cuba buat. Kalau aku nak ke Giant Hypermarket pun aku buat senarai nak beli apa. Satu supaya aku tak lupa...Duanya seupaya aku tak over budget. Jadi aku jarang tersasar!

Apapun, aku akui. Aku selalu stress dengan azam yang aku buat! Aku takut aku gagal...aku benci gagal dan aku berusaha mengelak untuk gagal...