Wednesday, May 20, 2009

Gajah Ternoda....


Kesian...
Kadangkala kreatif itu menyakitkan!

Tuesday, May 12, 2009

Awas : Demi Kesejahteraan Kemaluan Anda

Ada Apa Dalam Mangkuk Tandas?

Benda ini agak pelik, tapi aku selalu terfikir tentangnya. Setiap kali aku masuk tandas awam untuk melepas hajat, aku sangat risau tengah sedap-sedap membuat pelaburan tiba-tiba ada binatang yang menggigit atau mematuk anda. Binatang yang aku maksudkan bukannya nyamuk, tapi ular, lipan ataupun lintah.

Ular dalam mangkuk tandas di India..

Maklum aje la, kita bukannya nampak apa yang bermastautin di kawasan tandas tersebut. Kalau tandas rumah tu soheh-soheh kita bersihkan dan yakin akan kebersihannya. Dan tadi bila aku baca Berita Harian, cerita ini pula keluar. Jadi kerisauan aku berasas.


TAIPEI: Seorang lelaki dipatuk ular sebaik duduk di mangkuk tandas untuk membuang air di tandas rumahnya.

“Sebaik duduk, tiba-tiba dia berasa sakit seperti dihiris dan segera berdiri. Apabila melihat ke bawah, dia nampak seekor ular besar,” lapor akhbar China Times.

Lelaki berusia 51 tahun itu hanya cedera ringan, kata pengarah Hospital Puli Christian, dan dibenarkan keluar sebaik melepasi risiko jangkitan.
Imej televisyen menunjukkan reptilia berwarna hitam dan kuning itu dikeluarkan daripada mangkuk tandas di rumah mangsa. - Agensi


Sebagai pesanan khidmat masyarakat, perhatikan persekitaran anda sebelum melepas hajat - demi kesejahteraan kemaluan anda juga.

Kena Patuk Amat Mengerikan..

Thursday, May 7, 2009

Sedapnya Sotong..

Sotong memang sedap...sotong masak kicap, sotong kangkung, padprik sotong, tom yam sotong dan lain-lain...

Tapi kok ya lapar sangat pun masak la dulu!

Wednesday, May 6, 2009

Tak Lawa Tak Apa Janji Hati Baik

Anda berminat?

Tuesday, May 5, 2009

Kakitangan Kerajaan Wajib Hisap Rokok?


Membaca Kosmo hari ini mengitu mengujakan. Keratan ini antara lain mengarah kakitangan kerajaan di sebuah daerah di tengah China, Hong'an, Hubei menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan. Jika tidak mereka akan di denda!

Antara sebab lain kakitangannya di arah menghisap rokok adalah untuk meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, ia bertujuan melariskan jenama rokok tempatan, Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.

Info yang sama juga mengatakan China mempunyai 350 juta perokok dan sejuta orang meninggal kerana pelakuan ini.

Bayangkan kalau arahan yang sama dikenakan kepada kakitangan awam di Malaysia. Bertepuk-tangan perokok tegar seluruh Malaysia. Di sambut dengan senyuman menguntum pemilik hospital-hospital swasta yang bakal meriah dengan pesakit jantung, kerongkong, keguguran dan kaki. (Kaki? Aku tengok kat kotak rokok...)

Maka doktor-doktor hospital kerajaan pula menyumpah-seranah kerana asyik kerja 2 syif sehari melayan pesakit yang datang. Kalau take-5 sekejap di kata culas pula. Jangan ingat doktor pun mengamalkan gaya hidup sihat sebab kalau dah tahi rokok tu mengaku ajelah.

Dan jenama rokok tempatan yang cuba dipromosikan mungkin rokok daun dengan tajuk DAUNBORO, DAUNHILL, DAUNSTON, DAUNKENT ataupun BENDAUN. Maka penuh kesyukuran makcik-makcik di Pasar Payang yang menjual tembakau kerana mereka telah berjaya menembusi pasaran dunia - akhirnya!

Sunday, May 3, 2009

Aku & Kura-Kura

Aku memang suka kura-kura. Baik yang hidup ataupun yang mainan kura-kura memang menjadi pilihan aku sejak kecik ribena lagi. Menurut kepercayaan orang Cina, siapa yang ada kura-kura umurnya akan panjang. Betul atau tidak kata-kata itu aku tak pasti sebab kalau nak mati tu bela unicorn pun kalau dah ajal mati jugak.

Dulu aku bela kura-kura, 11 ekor semuanya. Paling besar, saiz sebesar pinggan makan. Sampai akuarium yang paling besar pun tak mampu nak menampung kura-kura aku itu sampaikan aku terpaksa beli kolam mainan. Antara nama kura-kura itu ialah Miranda, Andy, Marco dan lain-lain.Aku tak ingat tapi banyaknya nama Sepanyol sebab masa tu aku suka tengok telenovela. Masa arwah abah sakit, seseorang menasihatkan mama supaya melepaskan kura-kura itu. Dengan perasaan sedih hiba, aku lepaskan juga di Tasik Titiwangsa.

Di satu minggu yang lesu di pejabat, aku mengemas meja kerja yang begitu sakit hati memandang.. Aku membuang post-it yang dah tak relevan dan menyusun semula key-chain pemberian orang-ramai yang bersepah-sepah jua adanya. Lantas kura-kura itu aku susun kedudukannya dan gambar 2 manusia ini tetap mendapat tempat di jajahan itu.
p/s : tekalah gambar siapa he..he...he..

Meja yang dah kemas


Antara kura-kura yang ada..

Side kanan...