Tuesday, November 3, 2009

Kau, Aku dan Pulau Itu....


Ia adalah sebuah pulau yang indah dan tenang. Sesuai amat dengan kusut-masai hidup aku di masa itu mencari satu ketenangan yang total. Pandang kiri aku tak kenal siapa..Pandang kanan minah salleh seksi menggoncang berahi iman separa lesbian yang tersisa. Pulau itu sangat tenang...dan di lobi mengadap laut aku melayan emosi bersama kepulan nikotina dan air berkarbonat tanpa diet.

Aku memilih bersendirian di situ...sekali-sekala terdengar pekerja-pekerja hotel gelak gatal bergurau senda sesama sendiri. Aku masih mengadap laut membiarkan tawa gedik mereka ditelan angin sepoi-sepoi bahawa jawa. Fikiran aku mulalah merewang mengingat kembali cerita pahit yang membawa aku berkelana di pulau ini..Sayulah jugak..tapi tak menangis sendiri.

Sampailah satu ketika...anak mata tiba-tiba terkalih kelibat seorang lelaki yang - eh, macam aku kenal dia! Dia nampak terkejut dan aku terus melangkah dari kerusi rotan..Malas nak melayan emosi dan tiba masanya bersejuk-sejuk di bilik hotel pula. Bukan kerana lelaki itu..Tapi kerana aku terasa bosan seorang diri.

Aku ingat lagi wajah dia..dengan suit cokelat dan beberapa beg pakaian dia bertanyakan sesuatu kepada pekerja hotel, tapi matanya mengekor pergerakan aku yang macam anak lipas kena sembur ridsect. Dan sebaik aku melintasi dia, dia pantas memintas dan aku terkesima setempat.

'Hi...'sapanya dan macam kena renjatan elektrik pantas aku membalasnya.

'I know you....'apalah itu ayat pertama aku yang terkeluar...

Dahi aku berkerut sebab aku yakin aku tak pernah berkomunikasi cara TM Touch dengan dia yang melayakkan dia mengenali kehadiran aku di situ. Dan aku termalu sendiri..

'I have to go...panas kat sini - dan aku terus berjalan beberapa tapak sebelum dia memintas aku. Dalam hati aku dah membebel....Bodohnya! Layan ajelah kejap at least adalah kawan kat pulau nie daripada sorang-sorang macam beruk.

'Oh, ok...' - dia yang bersuit macam nak pegi mesyuarat tu macam teragak-agak nak bercakap.

'I lama di sini..maybe we can dinner together tonite', tuturnya penuh konfiden. Ada nada-nada pengharapan pada wajahnya..... dan kerana aku kenal dia walaupun dia tak kenal aku...dan kerana aku tahu apa yang terjadi dalam hidupnya baru-baru ini...dan kerana dia sedikit handsome (miang!) aku hulurkan juga business card design sendiri. Selepas dia ucap terima kasih dan dengan kehadiran bellboy yang macam tak sabar-sabar nak dapat tip dari dia yang dikenali, aku terus melangkah ke bilik hotel.


*****

3 jam aku berfikir dibilik hotel....kebetulan apakah yang berlaku tadi? Aku rasa seluruh pekerja hotel tentu excited giler dengan kehadiran lelaki itu di hotel mereka. Tapi mat dan minah salleh lain memandang dia seperti wajah melayu yang lain juga. Sambil terbaring di katil dengan HBO memainkan filem tak laku mana ntah, aku terlelap seketika sampailah telefon hotel berdering-dering menyedarkan aku dari tidur tak bermimpi. Gaban mana pulak yang telefon aku nie? Takde siapa pun tahu aku di sini melainkan driver bas ekspress dan pengamal ilmu ghaib aje.

'Hello.......,' penuh malas aku menjawab..

'Hi, Abby..ini **********terang dan jelas suaranya dihujung talian.

Aku bingkas bangun! 'Mana tahu nombor bilik I?' Aku tak teringat pun terlepas kata kasik nombor bilik kat lelaki itu.

Rupa-rupanya dia dapat daripada receptionist. Dia try call handphone aku banyak kali tapi di luar kawasan. Oh, aku off hp..tak mahu diganggu dan tak mahu terganggu. Eh, mana boleh reveal nombor bilik orang pada orang lain. Tak amanah betul la. Maybe sebab dirinya yang Famous Amous itu memudahkan segalanya. Jadi, dinner yang dinantikan akan terjadi 30 minit lagi dan aku baru terkial-kial dan menyiapkan diri. Aku tak tahu nak pakai apa. Jadi aku pakai seselebet mungkin - shorts dgn t-shirt oren. Make-up tarak..bedak pun tarak...Pewangi JPG disembur seadanya dan selipar Jukebox RM19.90 menjadikan penampilan aku malam itu macam student UiTM cari kedai mamak lepas penat menelaah pelajaran.


******

Dari jauh aku sudah nampak kelibat dia. Gaban betul...dia berseluar panjang dan t-shirt juga lengan panjang dan rambutnya disisir biasa. Sebaik aku menarik kerusi duduk dihadapan dia, pekerja-pekerja restoran mula memandang macam aku buat dosa besar. Melihatkan macam aku tak berapa selesa, dia meminta aku mengabaikan mereka dan bersetuju untuk melepak ditempat lain sesudah kami makan malam. Aku makan roti bakar aje....dan dia sekadar memesan secawan Cappucino panas. Aku tak tahu nak sembang apa...aku diam dan penuh konsentrasi makan. Macamlah rumit sangat nak makan roti bakar!

Wajah lelaki itu macam biasa...cuma kalau dianalisis dengan kritikal dan analitikal dapat rasanya aku lihat kesedihan dan keletihan pada raut wajahnya. Aaaah! Apa bezanya kami kerana itu yang memaksa aku bersendiri di pulau ini...Susuk tubuhnya sedikit susut...kesian, bisik aku dalam hati. Tapi tak berani nak tanya detail sebab apa kelanc** baru jumpa dah tanya hal personal..Janganlah ada paparazzi di pulau ini..jadi bahan gossip seantero Malaya pula aku dilihat bersama dia di pulau tempat jin bertendang nie.


****

Kami sembang ala-kadar. Dia tahu aku keja mana...kenapa aku tersadai dipulau ini seorang diri dan aku sempat mengagumi satu dua karya dia yang aku tahu. Selepas aku berjaya menghabiskan roti bakar dengan jayanya, kami berjalan ke pantai. Langit malam itu sedikit cerah. Bulan mengambang penuh dan angin dingin menyambut kehadiran kami..Kami duduk di gigi pantai dan dalam kepala otak aku masih tak tahu - kenapa dia memerlukan aku di sini? Dan bila soalan itu aku tanyakan, dia hanya menjungkit bahu. Banyak kali aku tanya sampai aku hampir hilang sabar. Ketika dia mengeluh dengan pertanyaan tanpa henti saat itu aku terus matikan soalan dan cuba memahami dia. Ada satu dua madah tentang laut, pilu dan sendiri yang dia ucapkan tapi aku terlalu layu untuk mengingat semua itu. Dalam singkat masa, kami membina kimia yang cukup kental.

Itu adalah malam yang bermakna buat aku...mungkin juga untuk dia..Seolah-olah malam itu kami sudah mengenali sesama sendiri berpuluh tahun lamanya. Dan esoknya kami seperti dua sahabat yang mencari ketenangan di pulau ceruk alam ini dan masih berkongsi cerita. Cuma bezanya, itu malam terakhir aku di sini dan dia masih berkelana mencari ketenangan yang aku tak pasti akankah ia berada di situ...

Lupakanlah 5W dan 1H yang membawa edisi perkenalan singkat aku dan dia. Kerana semakin lama aku berfikir, semakin sakit otak ini rasanya nak merasionalkan sesuatu yang tak pasti...Hubungan itu aku hentikan sebaik aku sampai KL..Nombor itu aku matikan dan kalaulah dia masih mencari aku, aku bahagia begini....

5 comments:

Al Hadi said...

wah saya sgt excited membaca cerita ini. apayg berlaku seterusnya???

adakah...???

Anonymous said...

Apa jadi lepas tu? Dan dengan siapa sebenarnya awak jumpa kat pulau tu?

SITI NORBAINI said...

Pengejar Masa : adakah? tak jelas soalan anda...

Anon : nantilah...ada masa saya sambung

Anonymous said...

apabilabainikhairimenulis.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading apabilabainikhairimenulis.blogspot.com every day.
bad credit loan
payday loans online

SITI NORBAINI said...

Anon : tqs