Wednesday, December 29, 2010

Roadtrip Bebeh!

Agak menggeletis perasaan aku dikala ini. Beberapa jam lagi roadtrip edisi kedua akan membelah Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke destinasi yang tak pasti. Yang pasti hanya kita mengepalai misi ini dan yang pasti juga, 'ke-eksaitetan' ini membuatkan mata aku semakin buntang.

Dah lama tak mengulang kisah sebegini..Aku ingat kali terakhir dulu kami sempat mencipta sinopsis novel cinta keji giler semasa roadtrip ke Cherating. That was 2 years back..Sebelum aku masuk unit siaran langsung yang membantatkan cuti Sabtu Ahad. Mujur dia pun dihambat kerja makanya takde la rasa apa sangat kalau tak dapat berpoya-poya bersama.

Roadtrip memang best..Syahdu amat. Sebab masa tu aku akan sedaya upaya memaksa tune Klasik Nasional, bertukar hampir semua mix CD yang ada dan berduet lagu It's All Coming Back versi Meatloaf featuring Marion Raven dengan key yang kejap masuk banyaknya tersasar dari matlamat. Belum masuk lagu-lagu dalam siri How I Met Your Mother-Sandcastles In The Sand dan Let's Go To The Mall..

Edisi makan-makan juga membuat aku teramat eksaited sebab setiap tempat yang aku tuju mesti ada makanan wajib yang aku nak baham. Check list takde sebab aku masih blur kat mana kami akan bermalam. Pakaian setakat cukup penuh beg sekolah. Tak payah banyak-banyak sebab memberatkan bahu menggalas nanti :)

Perempuan chantek tak payah cakaplah..Sentiasa cukup memeriahkan pandangan majazi dan merancakkan hari-hari yang dilalui.

Roadtrip ini satu benda yang aku nanti. Sebab masa itu aku akan mengingatkan diri aku betapa indahnya bumi tuhan dan betapa bertuahnya aku berbanding manusia lain. Kita semua mencari escapism dan aku hampir pasti aku akan temuinya sebelum 2010 berakhir..

Takdelah benci sangat dengan tahun ini. Tak juga seronok menanti tahun baru. Usia makin bertambah. The big 3 membuat aku paranoid sebab tak sempat pangkah habis apa yang perlu aku buat.

So, are you ready? For sure...walaupun aku tak packing apa benda lagik. Masih ada masa..

Tuesday, December 28, 2010

1 Minggu Lagi...

Satu hari nanti episod duka lara akan berakhir juga.Pengakhirannya mungkin cemerlang. Mungkin juga ia victory yang membuatkan aku mencari trofi yang sesuai selaras dengan kejayaan menghumban episod itu ke lurah yang paling dalam..

Secara serius, aku memang dah tak kuasa nak melayan emosi yang tak ke mana. Bukan saja tak mendatangkan duit ringgit malah mematikan syahwat kehidupan dan merosakkan emosi yang sudah semulajadi reput.

Kenapalah tahun nie aku tak capai apa yang aku azamkan? Kenapalah aku enggan mengikut rejim yang dituntut, padahal benda tu bukan la misi mustahil sangat pun. Menyalahkan masa samalah macam anjing menyalak bukit..Aku aje yang malas. Tak konsisten dan sibuk.

Selak balik apa yang jadi, it wasn't all bad..aku admit juga dalam kepahitan. Tapi life must go on..Aku bersyukur dipanjangkan usia, disihatkan akal dan kehidupan yang berwarna-warni. Jangan pula kerana pengakhiran tak seperti yang aku jangka maka aku tenggelam dengan rasa gagal dan sabdu-sabdu yang menghiba.

Ada masanya aku perlukan ruang untuk bersendiri. Jauh dari kehidupan dan jauh dari manusia yang aku kenal. Ada di bumi asing dengan total strangers. Aku selalu cakap, ada masanya Ultraman pun tahu letih jugak. Tapi aku bukan watak animasi yang pelbagai karekter. Seperti engkau, aku juga manusia yang ada perasaan. Lebih dari itu, aku punya dendam dan amarah yang boleh membuatkan aku jauh dari engkau dan insan keliling.

Waktu akan berlalu dan masa akan memadamkan kejahilan yang pernah ada. Bukan aku saja..Engkau pun begitu juga. Sejauh mana kita cuba humban, jauh di hati kita akui kita pernah saling mengenali. Kita pernah berkongsi rasa. Rasa itu tak akan mati. Yang mati hanya sinambungannya saja.

Yup, aku memang complicated. Memang usah cryptix ini tapi atas dasar kefahaman dan memahami aku yakin. In fact sangat yakin akan ada pengakhiran yang cemerlang. Aku pernah cuba ubah haluan. Tapi gagal dan gagal beberapa kali. Tak adil menyalahkan sesama sendiri sebab muhasabah diri menyebabkan aku akan menyalahkan diri aku berkali-kali.

Aku hanya tuntut kesabaran..Hanya sabar akan menjadi pengikat berapa jauh kita akan berlayar. Aku juga akan bersabar. Memang rasa sabar ada pada diri kamu tapi sabar dengan aku satu benda yang begitu mencabar. Aku tahu..sebab aku pun selalu hilang sabar dengan aku.

Aku tak boleh janjikan bulan bintang pelangi bagai. Aku juga tak boleh berjanji emosi ini tidak akan kembali. Tapi aku akan cuba sesungguhnya.

Dunia tak kejam. Aku yang kejam menghuni di dalamnya dengan menjadi raja neraka. Akankah itu semua berubah sekelip mata? Sekali lagi aku tuntut kesabaran..Kesabaran yang tinggi melangit.

Untuk itu, aku minta maaf..Maaf atas masa yang aku abaikan. Perasaan yang aku calarkan dan rasa benci yang aku cipta yang menjarakkan aku dengan kamu. Aku cuba berjanji pengakhirannya akan indah.

Pergilah jauh-jauh 2010..Aku kenang apa yang indah, aku lipat kesedihan yang kau palitkan.


Tuesday, October 12, 2010

Nak Kena Bantu Jugak Ke Makcik Pualina Benito?

Dear friend,

I am Mrs Pualina Benito. and i have been surffering from ovarian cancer disease and the doctor says that i have just two days to leave.I am from (Malaga) Spain but based in Africa Burkina Faso since eight years ago as business woman dealing with gold exportation.Now that i am about to end the race like this,without any family members and no child.I have 3 Million US DOLLARS in Africa Development Bank (ADB) Burkina Faso which i instructed the bank to give St Andrews Missionary Home in Burkina Faso.But my mind is not at rest because i am writting this letter now through the help of my computer beside my sick bed.

I also have 4.5Million US Dollars at Ecobank here in Burkina Faso and i instructed the bank to transfer the money to the first foreigner that will apply to the bank after i have gone that they should release the fund to him/her,but you will assure me that you will take 50% of the money and give 50% to the orphanages home in your country for my heart to rest.You are to contact the bank through this email address: ecobank.bf@bk.ru

Yours fairly friend,
Madam Pualina Benito.

Monday, October 4, 2010

Patutkah Aku Bantu En. Malik?

Hello Dear,

I am Malik Zakri from United Kingdom, I am working as a
Purchasing Manager in this company NATURAL GEMS
PROCESSING COMPANY INTERNATIONAL (N.G.P.C) .
Due to my present condition of health now, I sincerely
demand for your honest co-operation. I have deliberated
this in my mind and decided to offer you this profitable
business for the both of us.

This is a profitable business which will be of mutual benefit
to both of us. I used to go to Malaysia to purchase a product
called (SAPPHIRE BLUE STONE) it's a mineral stone that is used
for making jeweleries such as rings necklace bangle and other
valuable things.

I am unable to make this trip to Malaysia because of my health
condition. I have been diagnosed with heart disease which was
discovered very late, due to my laxity in caring for my health. It
has defiled all forms of medication. Right now, I am on admission
and waiting for an operation to be carried out on me that will take
few months to recover according to the Medical Doctor.

My Company director has arranged for my Assistant Purchasing
Manager to come to Malaysia for the purchase of this product
which I usually purchase the product at the rate of (6,250USD)
per kilo from an agent in Malaysia, after i get it from the agent
at this price i will now sell to the company where i work at the
higher rate of (11,500USD) per kilo.

In order to protect my previous dealings, I wish to appoint you
as the seller of this product in Malaysia.
The Assistant Purchasing Manager will soon be in Malaysia and i
want him to buy the products through you, while you contact the
agent in Malaysia to get this product from her and sell to the
company where i work.

You must not allow my Assistant purchasing manager to meet the
main agent in Malaysia because of the profit that is in between the
cost of the product in Malaysia and the amount my company usually
buy.

If you can handle this transaction and promise to be faithful then I
will give you all the necessary information. I am waiting for your
positive and urgent response for us to proceed in this business. i
will also like you to give me your contact details so i can contact
you for better understanding.

For more details, write me on my private email: malikzakri@w.cn
Thank you,


Monday, July 12, 2010

Reunion SKLK 88-93


Bukan mudah untuk mengumpulkan semua warga SKLK 88-93 dalam satu dewan. Juga bukan mudah untuk merealisasikan tujuan itu dalam keadaan kita masing-masing dihambat kerja dan hujung minggu sarat dengan aktiviti keluarga.

Aku maklum itu...sebab aku jugak selalu sibuk setiap Sabtu dan Ahad. Kalau takde siaran, aku berjanji dengan diri sendiri untuk hadir ke perjumpaan ini. Sebab utama pastinya untuk berjumpa kawan-kawan semua. Sebab lain, tidak mahu mengecewakan Mar Izwan yang penat lelah menguruskan hal dewan dan logistik lain. Dan ini sebab yang menguatkan niat aku ke sana..

11 Julai 2010 - 12.30 tengah hari...
Aku bukak FB dan membaca komen kawan-kawan tentang perjumpaan ini. Tqs to Terra yang post no hp Cikgu Misel, tangan aku pantas menelefon beliau. Gugup tak payah cakap...17 tahun aku tinggalkan SKLK agaknya ada tidak sekelumit ingatan Cikgu Misel pada aku..Selepas beberapa deringan dan ucapan salam, aku memulakan intro...

"Err....agak-agak cikgu ingatkan student cikgu nama dia Baini...." tergagap-gagap aku memula bicara...

"Nurbaini ke? Ingatlah...."balas beliau dan serentak itu gelak ketawa memecah perbualan ringkas kami.

1.45 petang...Aku sampai ke dewan yang kita amik UPSR dulu. Dewan tu dah jadi Dewan Bistari dan pentas konkrit telah dibina. Tak perlu lagi cikgu-cikgu menyusun dan mengikat kaki meja untuk dijadikan pentas setiapkali mengadakan majlis penyampaian hadiah. Sekolah dah lain...cuma bangunan 3 tingkat ini kenangan kita yang ada..Oh, dan jugak kantin sekolah. Ingat tak kolam tempat orang kenit sembunyi, gua ular belakang kantin dan padang lompat jauh? Dah takde semua tu...Yang ada hanyalah kenangan...itu pun kalau kita ingat :)

Oleh kerana aku awal, sempatlah juga menyusun kerusi dan memasang lapik meja makan. Shazlina Mokhtaruddin tiba selang 10 minit dan kami sempat melawat kawasan sekolah yang lama ditinggalkan..

Cikgu Misel sampai awal....sebelum jam 2.00 petang dia sampai dari Bukit Beruntung. Tak lama lepas itu Mar Izwan Marzuki, (seperti Cikgu Misel akupun ingat nama penuh engkau...) dan rakan-rakan lain menyusul. Jangan kecik ati, aku tagged ajer nama korang :)

Perjumpaan yang sederhana tapi meriah..Tqs Ayen membuka sessi karoke dan juga Zuhri yang berjaya membawa Cikgu Marziana ke pentas karoke...Cikgu Misel nyanyi lagu Hati Emas tu....selepas agaknya geram dengan persembahan duet Zuhri dan Mar Izwan, dengan pantas beliau mara ke pentas dan menyanyikan lagu Soldier Of Fortune....sayu aku kejap. Tapi persembahan Angin Malam oleh Cikgu Abu berjaya membuang imej Rhoma Irama yang melekat bertahun lamanya....Rambut Cikgu Abu pun dan lain, sesuai dengan imej Guru Besar yang disandang beliau sekarang..

Rata-rata semua cikgu tak nampak berubah. Cikgu Asiah dengan Cikgu Marziana sebijik sebijon seperti 17 tahun lalu...Cikgu Abu masih macam itu...(sekali lagi aku terharu sebab Cikgu Abu ingat lagi kat aku...) Cikgu Misel agak susut, tapi masih tinggi macam dulu. Cuma sekarang Fikry Karim berjaya mengatasi ketinggian beliau..

Perjumpaan ini tidak seramai yang dahulu...tapi ini permulaan untuk kita mengumpulkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita..Disamping mengenang cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah rendah pun jangan dilupa. Kalau korang pergi tadika, cikgu tadika pun korang jangan lupa..

Untuk perjumpaan akan datang, aku harap ramai lagi akan hadir. Alang-alang, ada sesiapa tak kenal dan tahu nombor telefon manusia ini :-
  1. Faridah Al-Junid

  2. Zulfadzli Ishak -dia sekelas dengan aku masa 1-3 Kenanga..pastu pindah mana tah

  3. Wan Abd. Rashid - sekelas dengan aku masa 3 Kenanga. Pastu pindah jugak...

  4. Ambri Bahari - geng main bola tampar.

Friday, June 11, 2010

Ular Sawa - Hidup Kami Dalam Geli-Geleman..

Gambar Hiasan : Tqs bomba yang da bomb..




Beberapa minggu lalu kecoh dikawasan kejiranan aku di PJ Oldtown, Seksyen 5 ini dengan penangkapan seekor ular sawa. Aku tak pasti besar mana. Tapi menurut gambar yang dilihat oleh Hadi, agak besar jugaklah ular sawa tu..

Seram aku kejap..Sampaikan kalau keluar rumah tu mesti mata aku meliar pandang kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba muncul seekor lagi buat standing ovation depan mata..

Tak lama lepas itu, kecoh lagi! Mamat-mamat yang main badminton sampai pukul 3 pagi kat padang depan rumah tu nampak ada seekor lagi ular sawa. Bomba dipanggil tapi kali ini ular itu tak dapat di tangkap. Sekali lagi aku 'seram-burn' dengan kemunculan ular sawa yang entah datang dari mana agaknya...Kalau datang dari Bukit Gasing, alamat menggigil kepala lutut aku nak trekking dikawasan itu..

Pagi tadi, sekitar jam 3.30 pagi adik aku, Aisyah gegar pintu bilik. Aku ingatkan pencurik ke, hantu ke..Rupa-rupanya depan rumah bomba tengah bertungkus-lumus menangkap seekor lagi ular sawa. Panjang kalau aku estimate adalah dalam 2 meter..Terima kasih kepada mamat-mamat yang main badminton tu sebab menjadi anggota Rela sambil beriadah subuh-subuh yang syahdu itu.

Tapi aku tak rasa kisah ini berakhir pagi tadi. Sebab kalau dah tangkap 2 ekor, makanya adalah lagi famili ria yang berkeliaran, just that tak tahu di petempatan dan kordinat mana.

Aku geli, takut, seram, uwek-uwek etc dengan ular..Apa yang misteri kenapa ular itu muncul dekat sebelah umah aku, 3 kemunculan ditempat yang sama. Apakah disebalik pokok-pokok bunga yang menyemakkan pandangan itu ada koloni yang tersembunyi?

Nauzubillah....

Wednesday, April 7, 2010

Pie Chart Bar Graph..


Monday, April 5, 2010

Anugerah Bintang Popular Yang Sebenarnya...


Ini sebenarnya pemenang anugerah BINTANG popular...Tak percaya kena tanya Atan he....he...he...he....

Wednesday, March 24, 2010

a.p.o.l.o.g.y.



Gil Grissom: I owe you an apology.

Lady Heather: Apologies are just words.

Thursday, March 18, 2010

Under The Mountain : Tak Payah Tengok Pun Takper...


Apa sangat la yang aku nak tulis pasal filem ini...Mungkin catatan ini lari dari paksi bumi dan landasan keretapi maut kerana beberapa kekecewaan yang amaaaatlah nyata :-


  1. Aku nak tengok Alice In Wonderland sebenar-benarnya...terima kasih kepada cuti sekolah hasrat itu terbantut dengan berbondong-bondong anak-anak kecil dan ahli keluarga memenuhi pawagam seluruh negara.....

  2. Aduhai orang yang duduk sebelah aku itu. Bau badan engkau yang macam gamat mati kena simbah asid, bercampur bau softlan busuk dan juga baju yang entah dah 13 tahun kau tak pernah basuh itu menusuk hidung aku...Menyebabkan konsentrasi aku terus terganggu.

  3. Ulasan selari (masih lagi merujuk perkara no.2) kepada rombongan cik kiah yang kau bawa berserta dengan loghat negeri yang ketara itew membuatkan hati aku panas, hidung aku makin sakit dan aku separa amnesia di situ.

Ok...berbalik pada filem di atas. Cerita yang memang korang bole agak jalan cerita dan apa nak jadi. Takder apa yang marvellous pun. Sampai tahap itu penerimaan aku sampaikan aku enggan menulis sinopsis cerita ini. Ini adalah antara cerita keji selepas Paul Blart - Mall Cop, membuka agenda wayang time aku tahun 2010 ini.


Tak boleh tidak, kalau korang tengok filem ini unsur-unsur filem Lord Of The Ring, Pirates Of The Caribbean, dan lain-lain filem mesti korang perasan. Apakah maknanya 7 ekor manusia separuh pokok yang berlagak macam Fraterniti Zen 10??!!


Apa benda nie, korang tak faham?? Memang la tak faham...Sebab aku malas nak explain.....korang tengok la sendiri - lagi sebulan bila DVD cetak rompak berada di pasaran. Lepas tu, sagatkan DVD tu dan buang ditempat yang dibenarkan. Sekian.


Wednesday, February 17, 2010

14 Februari Telah Berlalu...


14 Februari...
tahun bersilih ganti dan aku masih tersenyum mengingat kenangan 14 Februari...

14 Februari....
abaikan hari memperingati kasih sayang dan sejarahnya sebab aku tak peduli pun apa juga takrifannya...

14 Februari...
kau beri aku seribu satu sebab untuk menanti kehadirannya..

14 Februari...
kau juga beri aku sebab-musabab yang sembilu untuk aku menyambutnya...

14 Februari 2000 yang lalu...
Kita ingat tarikh itu...Kita nantikan malam jam 9 di Seksyen 2, Shah Alam. Ingat tak kedai makan tu? Kedai yang diroboh MBSA dan kini dimajukan semula menjadi tapak gerai makan yang kini cantik dan senonoh.

Tentu kau ingat...aku juga begitu. Aku rasa hampir semua roomate dan rakan-rakan sebaya yang melihat kita di malam itu terkejut melihat kita berdua.

Biar betul! Sejak bila? Apakah...?Bukan saja mereka...Kita pun terkejut sebab itu kali pertama kita berjumpa secara live-telecast!

24 pucuk surat semuanya... Terima kasih posmen tanpa bayaran dan slip gaji - Sakinah dan Fadzil. Oh, terima kasih juga padamu yang mengisi hari-hari matrikulasi yang serba tak kena dan kemarau kasih PTPTN yang tidak berhati perut tidak memberi pinjaman pada kita..

Aku ingat malam itu.....2 pinggan mee goreng yang kau baham tanpa segan silu. Aku memandang dengan kening sedikit naik dan hairan, apa ke buruk lantak ini mamat? Tapi aku suka sebab tiada unsur-unsur control macho yang dipamerkan. Baju yang kau pakai? T-Shirt MHS putih separa kusam dan aku berani cakap, kau tak ingat pun baju apa yang aku pakai melainkan cermin mata tebal yang menampakkan skema gaban seorang student UiTM..

14 Februari.....
Yup..it's a beginning of a beautiful relationship :)

Kerana itu aku ingat 14 Februari...Walau apapun yang terjadi antara kita, aku tetap ingat 14 Februari...

Thursday, January 14, 2010

Cry Over Me...

Another night sleepless
I don't want to feel this
Nothing can stop this pain
Trying to get to
A time I forget you
Still tangled in yesterday

It's so easy for you
To give nothing for me
Did you ever feel anything?

I want you to cry over me
Die over me
Even for a moment
Even for a moment

I want you to hurt over me
Feel what I feel
I want you to cry over, die over me
Baby, just for one time

I want your heart broken
Some sign of emotion
I want to see the tears tumble down
Show me I meant something
And that you feel nothing
But your world crashing to the ground

It's so easy for you
To forget about me
Did I ever mean anything?

I want you to cry over me
Die over me
Even for a moment
Even for a moment

I want you to hurt over me
Feel what I feel
I want you to cry over, die over me
Baby, just for one time

Cry...
Cry...
Cry...

Well did you feel something?
Did we mean nothing at all?

I want you to cry over me
Die over me
Even for a moment
Even for a moment
I want you to hurt over me
Feel what I feel
Even for a moment
Oh why can't you just cry over, die over me
Baby, why can't you hurt like I do like I hurt over you
Can't you cry over, die over me
Baby, just for one time

I want you to cry over, die over me
Baby, want you to fall on your knees
Baby, crawl back to me
Want you to cry over, die over me
Baby, just one time...
Cry...
Cry...
Cry...

Wednesday, January 13, 2010

Aku Urang Bijak, Engkau Urang Bodoh

Semakin lama kebodohan engkau bersatu dengan kebijaksanaan aku, semakin nipis kadar kebijakan yang aku ada. Tanpa disedari, kadar kebodohan aku semakin menebal dan kadar kebodohan engkau yang memang dah takat maksimum tu tak mengubah apa-apa...

Dah tak boleh buat apa lagi dah, melainkan engkau menyusutkan kadar kebodohan engkau tu dan menaikkan kadar kebijakan, kadar kewarasan, kadar kematangan, Jon Secada, Sekadar Di Pinggiran yang dah lama blinking lampu merah. Engkau terlalu bodoh untuk perasan. Aku yang bijak dah mengingatkan. Tapi engkau yang bodoh mengabaikan...Aku larut dalam kebodohan engkau dan menyakitkan jiwa raga aku dengan bertazkirah dengan dinding.


Engkau tetap mempertahankan kebodohan engkau..dan bertanya pada aku yang bijak - kenapa itu ini begitu begini terjadi. Sedangkan Michael Angelo pun tahu tanpa pizza rakan-rakan beliau yang lain termasuk Rafael akan kelaparan dan kebuluran. Tetapi engkau tetap meminta anak penyu berempat itu mencari makanan alternatif selain pizza. Tapi engkau yang bodoh tidak membenarkan mereka menggunakan duit untuk membeli makanan. Lantas apa keputusannya?


Engkau memang la bodoh...lebih bodoh dari Homer Simpsons. Dan sehodoh mangkuk-hayun dalam Wallace and Gromit tu.

Kalau aku ini sang Kelembai, memang aku dah pegang engkau biar jadi batu. Pastu aku letak kat muzium dan tagged - manusia bodoh!

Tuesday, January 12, 2010

Enough..


Hari ini amarah mencapai tahap maksimum....
Sudah cukuplah sampai sini sebab aku tak mahu mati muda.

Aku tak mahu memberi bidalan susu dibalas tuba, serai berbunga lalang ataupun menanam tebu di pinggir bibir sebab nyatanya berkias tidak akan sampai kepada otak-otak yang malas berfikir.

Siri ini seperti ulangan 2009..Aku tak mahu melaluinya lagi...Sampai mati aku akan ingat walaupun engkau minta aku lupakan.

Never again!