Secara serius, aku memang dah tak kuasa nak melayan emosi yang tak ke mana. Bukan saja tak mendatangkan duit ringgit malah mematikan syahwat kehidupan dan merosakkan emosi yang sudah semulajadi reput.
Kenapalah tahun nie aku tak capai apa yang aku azamkan? Kenapalah aku enggan mengikut rejim yang dituntut, padahal benda tu bukan la misi mustahil sangat pun. Menyalahkan masa samalah macam anjing menyalak bukit..Aku aje yang malas. Tak konsisten dan sibuk.
Selak balik apa yang jadi, it wasn't all bad..aku admit juga dalam kepahitan. Tapi life must go on..Aku bersyukur dipanjangkan usia, disihatkan akal dan kehidupan yang berwarna-warni. Jangan pula kerana pengakhiran tak seperti yang aku jangka maka aku tenggelam dengan rasa gagal dan sabdu-sabdu yang menghiba.
Ada masanya aku perlukan ruang untuk bersendiri. Jauh dari kehidupan dan jauh dari manusia yang aku kenal. Ada di bumi asing dengan total strangers. Aku selalu cakap, ada masanya Ultraman pun tahu letih jugak. Tapi aku bukan watak animasi yang pelbagai karekter. Seperti engkau, aku juga manusia yang ada perasaan. Lebih dari itu, aku punya dendam dan amarah yang boleh membuatkan aku jauh dari engkau dan insan keliling.
Waktu akan berlalu dan masa akan memadamkan kejahilan yang pernah ada. Bukan aku saja..Engkau pun begitu juga. Sejauh mana kita cuba humban, jauh di hati kita akui kita pernah saling mengenali. Kita pernah berkongsi rasa. Rasa itu tak akan mati. Yang mati hanya sinambungannya saja.
Yup, aku memang complicated. Memang usah cryptix ini tapi atas dasar kefahaman dan memahami aku yakin. In fact sangat yakin akan ada pengakhiran yang cemerlang. Aku pernah cuba ubah haluan. Tapi gagal dan gagal beberapa kali. Tak adil menyalahkan sesama sendiri sebab muhasabah diri menyebabkan aku akan menyalahkan diri aku berkali-kali.
Aku hanya tuntut kesabaran..Hanya sabar akan menjadi pengikat berapa jauh kita akan berlayar. Aku juga akan bersabar. Memang rasa sabar ada pada diri kamu tapi sabar dengan aku satu benda yang begitu mencabar. Aku tahu..sebab aku pun selalu hilang sabar dengan aku.
Aku tak boleh janjikan bulan bintang pelangi bagai. Aku juga tak boleh berjanji emosi ini tidak akan kembali. Tapi aku akan cuba sesungguhnya.
Dunia tak kejam. Aku yang kejam menghuni di dalamnya dengan menjadi raja neraka. Akankah itu semua berubah sekelip mata? Sekali lagi aku tuntut kesabaran..Kesabaran yang tinggi melangit.
Untuk itu, aku minta maaf..Maaf atas masa yang aku abaikan. Perasaan yang aku calarkan dan rasa benci yang aku cipta yang menjarakkan aku dengan kamu. Aku cuba berjanji pengakhirannya akan indah.
Pergilah jauh-jauh 2010..Aku kenang apa yang indah, aku lipat kesedihan yang kau palitkan.
No comments:
Post a Comment