Dah lama tak mengulang kisah sebegini..Aku ingat kali terakhir dulu kami sempat mencipta sinopsis novel cinta keji giler semasa roadtrip ke Cherating. That was 2 years back..Sebelum aku masuk unit siaran langsung yang membantatkan cuti Sabtu Ahad. Mujur dia pun dihambat kerja makanya takde la rasa apa sangat kalau tak dapat berpoya-poya bersama.
Roadtrip memang best..Syahdu amat. Sebab masa tu aku akan sedaya upaya memaksa tune Klasik Nasional, bertukar hampir semua mix CD yang ada dan berduet lagu It's All Coming Back versi Meatloaf featuring Marion Raven dengan key yang kejap masuk banyaknya tersasar dari matlamat. Belum masuk lagu-lagu dalam siri How I Met Your Mother-Sandcastles In The Sand dan Let's Go To The Mall..
Edisi makan-makan juga membuat aku teramat eksaited sebab setiap tempat yang aku tuju mesti ada makanan wajib yang aku nak baham. Check list takde sebab aku masih blur kat mana kami akan bermalam. Pakaian setakat cukup penuh beg sekolah. Tak payah banyak-banyak sebab memberatkan bahu menggalas nanti :)
Perempuan chantek tak payah cakaplah..Sentiasa cukup memeriahkan pandangan majazi dan merancakkan hari-hari yang dilalui.
Roadtrip ini satu benda yang aku nanti. Sebab masa itu aku akan mengingatkan diri aku betapa indahnya bumi tuhan dan betapa bertuahnya aku berbanding manusia lain. Kita semua mencari escapism dan aku hampir pasti aku akan temuinya sebelum 2010 berakhir..
Takdelah benci sangat dengan tahun ini. Tak juga seronok menanti tahun baru. Usia makin bertambah. The big 3 membuat aku paranoid sebab tak sempat pangkah habis apa yang perlu aku buat.
So, are you ready? For sure...walaupun aku tak packing apa benda lagik. Masih ada masa..