Monday, October 1, 2007

Kopi Dulu..Kopi Sekarang


Aku memang suka kopi. Kalau dulu, kopi 'O' atau kopi susu sahaja pilihan yang ada. Tapi kini kopi sudah dikomersilkan. Apatah lagi bila kopi tenaga; campuran ginseng, tongkat ali atau kacip fatimah mula membanjiri pasaran, semuanya berlumba-lumba untuk mencuba.

Situasi dulu, kita duduk kat kedai kopi Pak Saman sambil berborak pasal kerja. Situasi kini, kita duduk di Starbucks/Coffee Bean/San Francisco Coffee untuk bekerja!

Hmmm......dunia dah berubah. Menikmati kopi dengan harga RM 15++ seorang. Sedap sangat ke kopi tu? Kalau tak kedai mamak aku rasa tak sampai RM1.50 pun. Mungkin sebab persekitarannya yang nampak eksklusif kot.

Aku pun melepak di kedai kopi...Seperti orang-orang tua lain yang mengisi masa lapang sambil mengorat Mek Limah Janda. Tapi aku melepak dengan dengan suami. Memerhati remaja-remaja yang baru nak naik, baru nak kenal kopi yang sedang menyelongkar dompet mencari saki baki duit nak bayar kopi. Kalau tak mampu, buat kena ketawa aje dengan geng yang lain.

Kopi pun berupaya melambangkan status..

1 comment:

A~ said...

i agree. kalau ikutkan, kopi starbucks, gloria jeans, coffee bean, etc tak la sesedap mana. duit pun sedap je mengalir. people nowadays tak kisah kopi tu tak sedap ke, or bakar poket ke apa ke. yg penting bukan sekadar status, tapi jugak the social part of it. masa zaman miskin dulu, pernah la jugak aku simpan duit nak gi starbucks coz kawan2 suka lepak sini. mmm kalau dah lepak sini memang la kena kuar duit sebab nak jaga air muka sendiri. kalau tak join diorang lepak, terasa cam diri ditinggalkan. so nak tak nak, join la jugak. its like a popular hang out venue. budak2 skang (not all) mungkin kurang faham yg kopi kat tpt2 ni tak la berapa sedap & mahal mebbie coz bukan diorang yg cari duit, plus nak jaga status & hubungan dgn kawan2 yg diorang nak impress tu. i think, kalau working people nak socialize sekali sekala tu ok la kot. but, kalau budak2 pun pandai merengek2 nak starbucks/ gloria jeans, bukan 2 bulan skali or setahun skali nak merasa, tapi aaaallll the bloody time, kopak jugak mak bapak diorang. kesian diorang.