skip to main |
skip to sidebar
Julai tahun ini begitu menduga...Banyak nama-nama besar telah pergi meninggalkan kita. Baik lagenda dalam dan luar negara mahupun sahabat-handai dan manusia biasa yang ceritanya terpapar di dada-dada akhbar. Kemalangan ngeri melibatkan Perodua Kenari dan lori kontena baru-baru ini juga begitu tragis dan menyentuh hati. Aku ingat satu masa dulu, selalu terjadi kemalangan maut melibatkan Toyota Unser sampaikan kalau aku dan 'so-called' berselisih dengan Unser kami serentak akan berkata 'Ish, Unser...minggir...minggir..'Bicara soal mati bukan sesuatu yang indah untuk dikenang. Bukan sesuatu yang lazat untuk diperkatakan dan bukan topik yang disenangi dikalangan pasangan suami isteri dan anak-anak. Tidak ada satu manusia pun yang akan betah hidup sendiri setelah adanya ikatan hati, hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan juga hubungan kemanusiaan. Ketika arwah Nurin Jazlin disemadikan, aku berani bertaruh luruhnya airmata Malaysia walaupun kita tidak mempunyai hubungan utuh dengan arwah dan keluarga.Bicara soal mati tidak selesa...Sangat tak selesa kerana saat itu kita akan mula membicarakan apa akan jadi kepada manusia-manusia yang bakal kita tinggalkan. Untuk yang lebih dramatik akan bertanya adakah pasangan akan mencari pengganti ataupun setia menanti di alam syurga? Untuk yang lebih optimistik dan Abdul Wahub pula akan bertanyakan apakah harta-harta Ismet yang akan ditinggalkan untuk kami anak-beranak, suami atau isteri?Topik ini sangat tak indah...tapi wajar disembangkan setidak-tidaknya sekali dalam bulan mengambang. Bukan untuk menakutkan diri sendiri. Bukan juga untuk mempersediakan diri sendiri. Tapi pada aku untuk diingati..detik itu...dan moment itu. Kerana ketika komunikasi itu berlangsung adanya perasaan yang bercampur dan andaian yang menakutkan untuk kita lebih menghargai insan itu sementara masih ada nyawanya dan nyawa kita untuk dipertaruhkan.Kau gentar...aku juga begitu. Tapi mati itu pasti..Yang ada hanya kenangan abadi dan rasa kasih yang semakin subur mewangi..
Al-fatehah buat mereka yang pergi...Kamu dan aku masih di sini.
No comments:
Post a Comment