Saturday, March 15, 2008

Bed Time Story

Membaca satu artikel dari suratkhabar utusan tentang bed time story membuatkan aku terfikir, masih adakah perlakuan sebegini di Malaysia? Di negara barat tidak aku sangkal sebab mereka menggunakan masa ini untuk lebih memahami emosi anak-anak.


Mengimbas zaman aku kanak-kanak, adakah bed time story? Hmmm...tak ada kot. Yang ada hanya, cukup pukul 10.00 malam, dah kena kerah pergi tidur sebab esok sekolah. Membayangkan mama berada di sini katil menemani aku tidur pun rasanya samar sekali, sebab rasanya tak pernah berlaku la.

Tapi aku faham keadaan mama masa tu..Membesarkan 3 orang anak (sebelum Aisyah dan Ameera) dalam keadaan kewangan keluarga kami yang begitu mendesak. Belum kira terpaksa menjaga ibu saudara yang mempunyai masalah mental lagi. Yang aku ingat, hampir saban malam nenek saudara aku itu terpekik-terlolong tengah malam menangisi perkara yang aku tak tahu apa, dan mencari manusia yang diingatinya - kebanyakannya meninggal semasa Perang Dunia Kedua.

Bed time story..dari aku untuk aku. Sebelum tidur, aku beratkan mata dengan menbaca apa juga buku yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah. Koleksi buku sendiri? Kirim salam..Arwah abah ada juga membeli beberapa bahan bacaan ilmiah untuk kami, tapi aku mempunyai citarasa aku sendiri dalam membaca buku. Aku tak berapa gemar didedahkan dengan cerita Rapunzel, Hansel & Gretal, Pinnochio dan lain-lain. Aku kumpul duit, membeli koleksi aku sendiri. Berapa kali aku ulang cerita Batu Belah Batu Bertangkup dan novel ulung Salina dulu aku baca seawal umur 7 tahun!

Bed time story versi orang dah kawin ini berbeza. Kalau boleh, aku mahu berkongsi cerita, pengalaman dan recap apa yang terjadi seharian dalam hidup kami. Kita berkongsi emosi selain kemahuan lain. Mungkin kita akan lebih memahai dalam suasana hening malam / subuh yang sepi. Aku mencuba dan terus mencuba tanpa jemu..

Jika aku mempunyai anak, aku akan mencuba menjadi story teller yang baik. Bukan sahaja kisah dongeng melayu lama, tetapi juga kisah-kisah hidup aku agar menjadi sempadan pada kehidupan indahnya di masa akan datang. Juga sebagai shoulder to cry on yang paling setia buat Al-Hadi. Tapi itu semua rezeki tuhan..Siapa tahu dalam keadaan aku sekarang, ada miricle dari Dia. Tapi kalau tidak, hmmmm, entahlah.




No comments: