Sesungguhnya, aku memang sedaya upaya mengelak dari berbicara isu politik, apatah lagi mendebatkannya dengan rakan-rakan, pemandu teksi ataupun dengan sesiapa saje la. Sebab ini negara demokrasi, setiap orang bebas memilih apa juga parti dan kerajaan yang mereka mahukan, walaupun pilihan itu berlandaskan protes seperti yang terjadi pada PRU 12.
Betul, undi itu hak anda. Keputusan PRU 12 membuktikan tidak berlaku sebenarnya kemenangan si polan itu dirancang. Buktinya, beberapa menteri kabinet termasuk menteri aku sendiri tersungkur penangan kuasa rakyat. Kuasa maksima yang kemudiannya menjadikan masyarakat melayu Pulau Pinang dan Perak bakal / telah menangisi nasib mereka dibumi sendiri.
Orang juga berbisik-bisik, orang kerajaan, polis, askar dan tentera WAJIB mengundi kerajaan. Jadi, sekarang ini puaskah hati mereka? Menyaksikan keputusan PRU 12, aku tidak terkejut sekiranya PRU 13 nanti penangannya lebih ampuh. Yang mana masa itu nanti mungkin diwartakan setiap kakitangan kerajaan undinya ialah automatik - terus memihak kepada parti memerintah.
Betul...aku menyokong kerjaan. Kalau pembangkang jadi pemerintah pun, aku sokong juga kerana itu kerajaan aku. Tapi apa yang aku takutkan satu-satu terjadi depan mata. Ahli politik berkaliber disingkir hanya kebencian pada individu yang bernaung dalam parti. Main pukul rata tanpa memikirkan jasa, kredibiliti dan kemampuan individu terbabit. Aku berani jamin, kalau budak 17 tahun bertanding pun menentang BN, BN kecundang juga. Bukan sebab budak tu bagus sangat pun..Sebab seronok agaknya mencuba sesuatu yang baru....
DAP pulak dan merencana itu dan ini. PKR dengan agenda DSAI yang tak pernahnya selesai. Pas pula dengan haluannya yang tak selalu searah dengan sekufu berdua nie. Macam dalam filem, samseng bersatu menentang samseng. Dan memang, sesama mereka pula berbunuhan. Bila Guan Eng menyatakan penggunaan open tender selepas ini, aku terfikir - apalah nasib kontraktor melayu yang tak berapa kaya tu? Kalau kaya tak sedar diri pulak.. Hmmm...
Aku terlalu takut memikirkan nasib aku, anak-anak aku dan keluarga aku masa hadapan kalau macam inilah gayanya ke arah Malaysia baru. Tadi aku layangkan sms pada seorang bekas YB, meminta email terbaru beliau untuk aku menceritakan kerisauan aku. Ketika aku bersembang dengan Prof. Sarjit Singh, aku sedikit relief. Aku ketemu regu yang serasi untuk membicarakan topik ini tanpa sempadan kaum, perbezaan agama tapi kesamaan negara bangsa.
Tahniah kepada 5 juta manusia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar dengan SPR. Satu soalan dari teman teramat, kalau mengundi itu wajib, kenapa tidak secara automatik mereka yang lepas 21 tahun berada dalam daftar pemilih. Jawapan aku yang tak berapa nak cerdik ni : Kerana Tiada Paksaan Dalam Demokrasi. Sesungguhnya kalau kamu mengerti demokrasi itu satu sistem yang mulia. Hanya manusia yang mencemarkannya..Juga tahniah kepada mereka yang rancak berbicara tentang politik, tak kisahlah anda parti tupperware sekalipun yang juga tidak menampakkan diri pada 8 Mac aritu.
Sesungguhnya, ada hikmahnya BN menang simple majority. Barulah mereka tahu bahawa ada prestasi mereka dan suara rakyat tidak didengar. Ini bukan zaman "inchik jangan risau..kalau tiada lampu dan air di surau rumah inchik kami akan adakan". Ini zaman kau duduk satu meja dengan aku, dengar masalah dan cuba selesaikan. Bukan kepam setiap masalah dan tunggu dekat-dekat nak pilihanraya baru kecoh-kecoh! Satu lagi, jangan terlalu mengharapkan jentera pilihanraya parti anda bertungkus lumus berjumpa pengundi. Bukan muka diorang yang ada kat poster pangkah. Muka inchik jugalah adanya...
Aku menanti satu evolusi berlaku pada PRU 13. Mungkin keadaan bakal berubah..mungkin Melayu akan kembali bersatu atas semangat kemelayuan. Dan sentimen parti diketepikan sejenak demi kesejahteraan sejagat, khususnya marhain macam aku.
Been a while...
-
Its been a while since I last wrote anything. Vitamin M bermaharaja lela,
as always. Also been busy with work etc.
Anyways, the past half a week been grea...
8 years ago
No comments:
Post a Comment