Aku melepak di kawasan Damansara Mutiara. Melayan shisha sambil mata melilau-lilau memandang alam sekeliling.
Dasyat-dasyat mereka yang tinggal kat kawasan ini. Kaya-raya gamaknya diorang nie dengan kereta menjalar jenama antarabangsa dan berpakaian cukup ranggi dan gangsi.
Tapi satu yang mengganggu pandangan aku. Satu keluarga berjalan dan seorang ibu tua keciciran di belakang. Dalam ramai-ramai tu, tak ada pun anak/anak menantu/cucu yang memimpin tangan ibu tadi.
Eh, apa kena famili ni??
Dari kejauhan aku melihat ibu tadi terkial-kial menyeberang longkang dan ahli keluarganya yang lain nun jauh kat depan. Mulalah aku meyumpah dalam hati...
Aku tarik perhatian kawan-kawan yang lain. Semuanya berperasaan sama seperti aku..Apa jenis manusia sanggup buat macam tu pada mak sendiri. Masa tu pulak hujan rintik-rintik..Bayangkan keadaan ibu itu dengan hujannya, jalan pun perlahan kudrat tak berapa ada.
Ini mak aku....Walaupun setakat pergi Giant depan sikit pada rumah, aku still pegang tangan dia kalau nak melintas jalan. Aku tak bagi dia tolak troli pun..Aku adakan apa juga yang dia mintak walaupun bergolok bergadai nak mendapatkannya..Sungguh, masa tengok ibu tua tu, aku terfikir macam mana rasanya kalau ibu tua tu ialah aku 40 tahun lagi..
Entah la...aku rasa famili tu akan lebih menghargai mak mereka bila orang tua tu dah tak ada. Bagi aku pula, selagi aku ada ruang dan peluang, aku akan buat mama gembira sepanjang hayatnya..
No comments:
Post a Comment