skip to main |
skip to sidebar
Credit Photo :http://bmbupm.files.wordpress.com/2007/10/untitled-1.jpgZaman belajar dulu, aku antara puluhan ribu pelajar yang berhutang dengan PTPTN. Itupun dah naik degree baru layak memohon. Selama setahun setengah di matrikulasi terpaksa menyusahkah mama dan arwah abah (walaupun itu tanggungjawab mereka..)Masa matriks mana layak memohon. Aku ingat lagi..aku dah Hadi terpaksa mengutip botol, kertas, dan tin aluminium untuk dikitar semula. Dapatlah duit lebih sikit. Nasib rumah sewa aku di Seksyen 7 ada stor yang agak besar untuk disimpan barang-barang ini. Ini semua untuk survival kerana kos di Shah Alam agak mencengkam..
Apply loan PTPTN masa Part 1, dah Part 2 baru dapat. Servis PTPTN dulu memang tahap lembab gaban. Tapi nasib baik Part 2 dapat selambak. Bernafas jugalah di bumi Shah Alam. Mungkin kerana rezeki aku baik, aku berjaya mendapat biasiswa JPA masa Part 3. Jadi hutang aku pada PTPTN takdelah banyak sangat..
Bulan lepas, aku berjaya melangsaikan hutang PTPTN dengan jayanya. Semalam pula diumumkan faedah PTPTN diturunkan kepada 1% daripada 4%. Sabar aje la...
Apapun aku bersyukur kerana azam menyelesaikan hutang lapuk yang aku semat sejak tahun 2003 berjaya aku lunaskan tahun 2008. Tak ada istilah azam lapuk dalam hidup aku sebab aku berazam bukan untuk setahun.
Jadi aku nasihatkan kepada kawan-kawan untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN ini. Bukannya apa..Kalau korang mati nanti, tak pasal-pasal orang lain pulak kena membayarnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.
Salam Muhibah!
2 comments:
lagi setuju...
ada blog si luqman mpp tu x?
tak ada..if u ada bole send url beliau.tqs
Post a Comment