Thursday, December 3, 2009

SAYA TAK SUKA KAMU SEMUA JADI LALAT!



Lalat bukan la binatang yang buat aku kagum pun. Tapi mungkin otak lalat besar sikit daripada otak sebahagian manusia yang aku temu dalam kehidupan sehari-hari.

Ok, berbalik pasal lalat....Dia kami beri nama Encik Lalat. Kami yang aku maksudkan adalah hampir 80 remaja berusia 18 tahun pada tahun 1999 yang menyertai Program Khidmat Sosial Negara peringkat Negeri Selangor. Kiranya sekarang program itu ala-ala Program Khidmat Negara. Bezanya, program kami mengambil masa 23 hari dan makhluk yang dipilih pulak terdiri daripada extraordinary teenagers seluruh negeri Selangor. So, aku antara eksperimen program ini sebelum dibawa keperingkat nasional, gamaknya.

Kalau tak silap, En. Lalat ini nama dia En. Ramly. Lelaki skinny separa tinggi dengan rambut macam landak terpacak dan berusia sekitar pertengahan 30-an ketika itu. Rasanya masa tu dia kerja Jabatan Belia Selangor...tak pun makhluk upahan untuk menyampaikan motivasi dengan cara beliau yang mengundang rasa benci para peserta. En. Lalat mengendali hampir semua sessi semasa kami berada di sebuah kem di Kuala Selangor.

Fahamilah ketika itu kami semua berusia 18 tahun...perangai pun tak berapa nak molek lagi dengan pergaulan rakan sebaya yang ayatnya berterabur dan jiwa panas anak muda. Agresif, opportunist, dan lain-lain ayat yang membawa konotasi yang sama.

Jadinya, standard la setiap kali pembentangan kertas kerja, adanya sessi soal-jawab. Di tambah dengan misi mengumpul markah kumpulan paling tinggi, riuh dewan itu...Begitu riuh sampaikan sound system murah yang dibekal pihak hostel tidak mampu melawan kuatnya perang suara kami.

En. Lalat suka tanya soalan...tapi setiap kali dia mengulas jawapan yang kami beri ayatnya sungguh sinis. Macam la kami nie bingai sangat. Dan En. Lalat suka provoke kami dengan soalan-soalan yang pelik-pelik. Aku tak ingat soalan apa yang dia tanya, tapi satu dewan kecoh memberi jawapan sampai kalau tak silap pemahaman aku ada kalangan kami yang lelaki dah genggam penumbuk untuk ditala kemuka beliau yang macam pemuda-pemuda di Penjara Taiping.

Tiba-tiba Encik Lalat bertempik - SAYA TAK SUKA KAMU SEMUA JADI LALAT!!!

Satu dewan diam. Kalau aku ingatkan balik emosi aku masa tu, rasanya aku dalam suasana amarah yang melupa-luap. Sayangnya...aku tak ingat soalan itu.

Encik Lalat menambah - Kalau nak jawap, angkat tangan. Kamu semua macam lalat...saya tak suka kamu semua jadi lalat.

Kerana itu kami memanggilnya Encik Lalat!

Dan aku angkat tangan. Dengan penuh emosi aku menjawap soalan beliau dan rasanya tepukan memang bergemuruh masa aku menjawap. Muka dia, huh! masih macam takde emosi. Encik Mod Nazri, penyelaras PKSN terpaksa menghentikan sessi itu sebelum waktu sebab memang keadaan semakin genting.

Tak cukup dengan itu, selepas sessi itu berakhir aku sempat menulis nota mengejut mengukuhkah jawapan aku itu. Aku hentam dia...aku kutuk dia semahu-mahunya. Dan aku sendiri hantar depan mukanya...Jangan memain...keturunan Dubalang Sakti ini....Sakti di jiwa berapi di kata...

Esoknya, masih ada modul yang dikendalikan En. Lalat. Ramai yang buat tak reti aje. Tapi aku memandang juga, mendengar juga apa yang dia nak kata waaaalaupun muka memang takde perasaan. Modul itu berakhir sangat awal.....Dikala kawan-kawan lain berpusu-pusu menghala ke kantin, dia datang pada aku dan menghulurkan 1 kaset.
" Ini untuk awak...awak berhak dapat dan awak berjaya memahami apa yang cuba saya sampaikan...." kata En. Lalat. Senyum separa ikhlas diberi dan kaset itu aku ambil dengan ucapan seringkasnya - terima kasih.

***************

Kursus 23 hari berlalu....semua happy jumpa keluarga sampailah hari keputusan SPM diumumkan. Aku menerima kad dari Encik Lalat. Ucapannya lebih kurang 'Tahniah atas keputusan SPM yang aku terima dan ayat-ayat lain :) Macam dia tahu cemerlang sangatlah keputusan yang aku dapat...

*****************

UiTM 2002....Aku bertemu Encik Lalat secara tak sengaja. Dia belanja aku dinner di Intekma Resort. Itu kali terakhir aku berjumpa Encik Lalat...aku harap aku akan jumpa dia lagi dan En. Mod Nazri.

Monday, November 23, 2009

Come What May - Ewan Mc Gregor & Nicole Kidman


Never knew I could feel like this
Like I've never seen the sky before
Want to vanish inside your kiss
Every day I love you more and more
Listen to my heart, can you hear it sing?
Telling me to give you everything
Seasons may change, winter to spring
But I love you until the end of time

Come what may
Come what may
I will love you until my dying day

Suddenly the world seems such a perfect place
Suddenly it moves with such a perfect grace
Suddenly my life doesn't seem such a waste
It all revolves around you
And there's no mountain too high
No river too wide
Sing out this song and I'll be there by your side
Storm clouds may gather,
And stars may collide
But I love you (I love you)
Until the end of time(until the end of time)

Come what may
Come what may
I will love you until my dying day

Oh, come what may, come what may
I will love you, Oh I will love you
Suddenly the world seems such a perfect place

Come what may
Come what may
I will love you until my dying day

Thursday, November 19, 2009

18 November 2009...


Thursday, November 12, 2009

Port Rahsia...


Masa : 10.30 pagi
Lokasi : Kawasan Terbuka
' Menghantar khidmat pesanan ringkas pada rakan sebaya' - Poooooooooooooooooot!

Masa : 10.32
'SMS diterima - PUKUL 12 LA SETAAAAAAN!

Masa : 12.05 tengah hari lebih kurang
Lokasi : Port Rahsia
Aksi :
1. Caci-maki manusia yang merosakkan pagi yang indah
2. Mengutuk server Airasia yang macam siput babi tempang
3. Mengesat airmata pedih he..he..he...
4. Menghulurkan HP dua beradik sendu (dah tahu tengah meeting lagi nak bawak HP)
5. Mengutuk Anis tanpa sebab munasabah.
6. Memuji pasangan sendiri dengan ayat-ayat cinta tanpa henti (haaak tuuuih!)
7. Mengenangkan keindahan hari pertama gaji...
8. Agenda lain yang merosakkan akhlak, iman dan jati diri.

Mahu juga sekali-sekala dikala kita berkumpul buat bacaan Yaasin bersama-sama....mendebatkan soal Thaksin, kerja amal dirumah orang tua dll. Tapi berdasarkan ahli mesyuarat yang ada, hmmmm,mimpi la................

Aktiviti selepas mesyuarat : Calit 3 Drops Perfume pelbagai perisa he..he..he..

Wednesday, November 11, 2009

EGM Ahli Mesyuarat Tingkap


Agenda :
Membincangkan isu plus mencarut


Lain-Lain :
1.Makan dan mencarut...

2.Emosi dan mencarut...

3.Melawak pun nak mencarut jugak

4.Sambung mesyuarat..serius kejap dan mencarut


Tindakan :
Aku pun mencarut jugak...


Keputusan :
Mesyuarat bersambung esok dan masih mencarut
.....

MACAM MANA AKU BOLE TERJEBAK DALAM EGM INI HE..HE..HE...

Monday, November 9, 2009

Anang - Separuh Jiwaku Pergi

1. Separuh Jiwaku Pergi
2. Belajarlah Untuk Cinta
3. Hujan Pun Menangis
4. Sakit
5. Bila Cinta Tak Dosa
6. Hidup Ini Rahsia

"Walaupun ada yang kata semua lagu yang ada dalam album ini 'depressing', aku tetap suka."
p/s : Tqs pada awek yang kasik album ini...

Thursday, November 5, 2009

Salah Dari Segi Moral Untuk Minta Bonus: Najib


Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

“Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi popular di kalangan ahli anda," katanya berucap di forum makan tengah hari perniagaan Bankers' Club di sini.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.


Najib berkata, dalam sektor swasta, pekerja dibuang dan keadaan itu tidak berlaku dalam perkhidmatan kerajaan.


Bagaimanapun, katanya, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka. Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya.

Menggunakan analogi golf, Najib berkata bantuan itu sama seperti handicap tetapi penerimanya perlu mengurangkan dari 24 kepada 18, 12 dan seterusnya kepada satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera, dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing. Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa.

"Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

"Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini,"

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091104184828/Article/index_html

DENGAR TU BONUS LINK DAN SUSU SOYA BONUS...JANGAN GANGGU HIDUP KAMI LAGI!

Kesian Awek Tu Kena Babab...

Tuesday, November 3, 2009

Kau, Aku dan Pulau Itu....


Ia adalah sebuah pulau yang indah dan tenang. Sesuai amat dengan kusut-masai hidup aku di masa itu mencari satu ketenangan yang total. Pandang kiri aku tak kenal siapa..Pandang kanan minah salleh seksi menggoncang berahi iman separa lesbian yang tersisa. Pulau itu sangat tenang...dan di lobi mengadap laut aku melayan emosi bersama kepulan nikotina dan air berkarbonat tanpa diet.

Aku memilih bersendirian di situ...sekali-sekala terdengar pekerja-pekerja hotel gelak gatal bergurau senda sesama sendiri. Aku masih mengadap laut membiarkan tawa gedik mereka ditelan angin sepoi-sepoi bahawa jawa. Fikiran aku mulalah merewang mengingat kembali cerita pahit yang membawa aku berkelana di pulau ini..Sayulah jugak..tapi tak menangis sendiri.

Sampailah satu ketika...anak mata tiba-tiba terkalih kelibat seorang lelaki yang - eh, macam aku kenal dia! Dia nampak terkejut dan aku terus melangkah dari kerusi rotan..Malas nak melayan emosi dan tiba masanya bersejuk-sejuk di bilik hotel pula. Bukan kerana lelaki itu..Tapi kerana aku terasa bosan seorang diri.

Aku ingat lagi wajah dia..dengan suit cokelat dan beberapa beg pakaian dia bertanyakan sesuatu kepada pekerja hotel, tapi matanya mengekor pergerakan aku yang macam anak lipas kena sembur ridsect. Dan sebaik aku melintasi dia, dia pantas memintas dan aku terkesima setempat.

'Hi...'sapanya dan macam kena renjatan elektrik pantas aku membalasnya.

'I know you....'apalah itu ayat pertama aku yang terkeluar...

Dahi aku berkerut sebab aku yakin aku tak pernah berkomunikasi cara TM Touch dengan dia yang melayakkan dia mengenali kehadiran aku di situ. Dan aku termalu sendiri..

'I have to go...panas kat sini - dan aku terus berjalan beberapa tapak sebelum dia memintas aku. Dalam hati aku dah membebel....Bodohnya! Layan ajelah kejap at least adalah kawan kat pulau nie daripada sorang-sorang macam beruk.

'Oh, ok...' - dia yang bersuit macam nak pegi mesyuarat tu macam teragak-agak nak bercakap.

'I lama di sini..maybe we can dinner together tonite', tuturnya penuh konfiden. Ada nada-nada pengharapan pada wajahnya..... dan kerana aku kenal dia walaupun dia tak kenal aku...dan kerana aku tahu apa yang terjadi dalam hidupnya baru-baru ini...dan kerana dia sedikit handsome (miang!) aku hulurkan juga business card design sendiri. Selepas dia ucap terima kasih dan dengan kehadiran bellboy yang macam tak sabar-sabar nak dapat tip dari dia yang dikenali, aku terus melangkah ke bilik hotel.


*****

3 jam aku berfikir dibilik hotel....kebetulan apakah yang berlaku tadi? Aku rasa seluruh pekerja hotel tentu excited giler dengan kehadiran lelaki itu di hotel mereka. Tapi mat dan minah salleh lain memandang dia seperti wajah melayu yang lain juga. Sambil terbaring di katil dengan HBO memainkan filem tak laku mana ntah, aku terlelap seketika sampailah telefon hotel berdering-dering menyedarkan aku dari tidur tak bermimpi. Gaban mana pulak yang telefon aku nie? Takde siapa pun tahu aku di sini melainkan driver bas ekspress dan pengamal ilmu ghaib aje.

'Hello.......,' penuh malas aku menjawab..

'Hi, Abby..ini **********terang dan jelas suaranya dihujung talian.

Aku bingkas bangun! 'Mana tahu nombor bilik I?' Aku tak teringat pun terlepas kata kasik nombor bilik kat lelaki itu.

Rupa-rupanya dia dapat daripada receptionist. Dia try call handphone aku banyak kali tapi di luar kawasan. Oh, aku off hp..tak mahu diganggu dan tak mahu terganggu. Eh, mana boleh reveal nombor bilik orang pada orang lain. Tak amanah betul la. Maybe sebab dirinya yang Famous Amous itu memudahkan segalanya. Jadi, dinner yang dinantikan akan terjadi 30 minit lagi dan aku baru terkial-kial dan menyiapkan diri. Aku tak tahu nak pakai apa. Jadi aku pakai seselebet mungkin - shorts dgn t-shirt oren. Make-up tarak..bedak pun tarak...Pewangi JPG disembur seadanya dan selipar Jukebox RM19.90 menjadikan penampilan aku malam itu macam student UiTM cari kedai mamak lepas penat menelaah pelajaran.


******

Dari jauh aku sudah nampak kelibat dia. Gaban betul...dia berseluar panjang dan t-shirt juga lengan panjang dan rambutnya disisir biasa. Sebaik aku menarik kerusi duduk dihadapan dia, pekerja-pekerja restoran mula memandang macam aku buat dosa besar. Melihatkan macam aku tak berapa selesa, dia meminta aku mengabaikan mereka dan bersetuju untuk melepak ditempat lain sesudah kami makan malam. Aku makan roti bakar aje....dan dia sekadar memesan secawan Cappucino panas. Aku tak tahu nak sembang apa...aku diam dan penuh konsentrasi makan. Macamlah rumit sangat nak makan roti bakar!

Wajah lelaki itu macam biasa...cuma kalau dianalisis dengan kritikal dan analitikal dapat rasanya aku lihat kesedihan dan keletihan pada raut wajahnya. Aaaah! Apa bezanya kami kerana itu yang memaksa aku bersendiri di pulau ini...Susuk tubuhnya sedikit susut...kesian, bisik aku dalam hati. Tapi tak berani nak tanya detail sebab apa kelanc** baru jumpa dah tanya hal personal..Janganlah ada paparazzi di pulau ini..jadi bahan gossip seantero Malaya pula aku dilihat bersama dia di pulau tempat jin bertendang nie.


****

Kami sembang ala-kadar. Dia tahu aku keja mana...kenapa aku tersadai dipulau ini seorang diri dan aku sempat mengagumi satu dua karya dia yang aku tahu. Selepas aku berjaya menghabiskan roti bakar dengan jayanya, kami berjalan ke pantai. Langit malam itu sedikit cerah. Bulan mengambang penuh dan angin dingin menyambut kehadiran kami..Kami duduk di gigi pantai dan dalam kepala otak aku masih tak tahu - kenapa dia memerlukan aku di sini? Dan bila soalan itu aku tanyakan, dia hanya menjungkit bahu. Banyak kali aku tanya sampai aku hampir hilang sabar. Ketika dia mengeluh dengan pertanyaan tanpa henti saat itu aku terus matikan soalan dan cuba memahami dia. Ada satu dua madah tentang laut, pilu dan sendiri yang dia ucapkan tapi aku terlalu layu untuk mengingat semua itu. Dalam singkat masa, kami membina kimia yang cukup kental.

Itu adalah malam yang bermakna buat aku...mungkin juga untuk dia..Seolah-olah malam itu kami sudah mengenali sesama sendiri berpuluh tahun lamanya. Dan esoknya kami seperti dua sahabat yang mencari ketenangan di pulau ceruk alam ini dan masih berkongsi cerita. Cuma bezanya, itu malam terakhir aku di sini dan dia masih berkelana mencari ketenangan yang aku tak pasti akankah ia berada di situ...

Lupakanlah 5W dan 1H yang membawa edisi perkenalan singkat aku dan dia. Kerana semakin lama aku berfikir, semakin sakit otak ini rasanya nak merasionalkan sesuatu yang tak pasti...Hubungan itu aku hentikan sebaik aku sampai KL..Nombor itu aku matikan dan kalaulah dia masih mencari aku, aku bahagia begini....

Thursday, October 8, 2009

Satu Hari Di Telok Intan..

Kena ambil dari jauh baru nampak condong..

Akhirnya...setelah lama berura-ura nak pergi ke Telok Intan melihat sendiri Menara Condong sudahnya aku sampai juga. Bukannya tak mahu ke sana lebih awal. Tapi aku rasa Taiping dan Penang lebih menarik untuk menghabiskan hujung minggu. Menelefon Azlan, rakan aku sekelas jurusan Penyiaran di UiTM Shah Alam mengubah agenda hujung minggu aku. Secara tiba-tiba, bila Hadi celik mata terus dia ajak aku ke sana. Akupun dengan penuh rasa excited dan separa gedik terus setuju..

Jauh rupanya Telok Intan dari Lebuhraya PLUS. Sepatutnya aku ikut gerak hati ikut jalan lama. Tapi sebab gerak pun dah lewat, ingatkan ikut highway cepatlah sampai Rupanya sendu.....Yang penting kami selamat sampai dan selamat bergambar ria..
Lagak Otromen tak jadi..

Telok Intan pekan yang klasik...sungguh! Klasik dari segi bangunan yang ada dan juga suasananya yang aman damai. Rasanya aku boleh bermastautin di pekan ini tanpa rasa sangsi langsung. Makanannya pun not bad..walaupun takde signature macam Mee Udang yang terkenal di Taiping tu..

Apapun, yang wajibnya di Telok Intan itu ialah melawat Azlan dan ayahnya. Tapi sebab akupun datang main redah aje dan Azlan pun tak jawab telefon, maka yang sunat itu aku buat dahulu. Ya...berjengga-jengga di Menara Condong dan menjadi model sambilan seperti Kartika Sari :) Apapun, misi menziarah berjaya dan aku sama Hadi ingin sekali lagi datang dan menziarah beliau jika ada kelapangan. Apapun Azlan..terima kasih banyak-banyak atas kesudian menerima tetamu yang tak diundang ni...

Azlan, Pakcik Zanuddin, aku dan Hadi

Itu adalah hujung minggu yang bererti buat aku. Dan kerana Hadi telah mengatakan hari Ahad adalah hari keluarga, aku ingin mencadangkan hari keluarga itu dipanjangkan kepada Sabtu dan Ahad...Boleh?! he..he..he...

Dan list aku akan datang ialah menjelajah Gua Tempurung, Gua Kelam, Pulau Pangkor dan kawasan bersejarah lain seperti Taiping dan Batu Gajah...Batu Gajah?????

Sunday, October 4, 2009

Sempurnakah Raya Anda?

Ini antara perkara yang pasti terkena pada diri anda. Kalau kena 5 das dari apa yang sempat aku senaraikan ini maknanya sempurnalah raya anda. Kalau tak, jumpa tahun depan. Silalah tambah ya kalau ada yang terkurang...Henjoy!

KUIH/BISKUT RAYA
1. Kuih raya yang dibeli kononnya utk juadah hari raya dah tinggal separuh balang disesah kaum keluarga belum sempat pun takbir raya.

2. Kuih yang dibikin sendiri bantat...rentung ataupun keras kejung kerana anda memang tak hebat pun buat kuih...

3. Kena paksa dengan rakan sekerja beli kuih raya sebab diorang nak tambah sumber pendapatan menjelang raya..

4. Tersedak makan kuih raya sebab terlalu asyik mengumpat para artis atau ahli politik..


BAJU
1. Pakai baju lama aje walaupun warnanya dah macam gambar arkib berita RTM.

2. Konon nak pakai sedondon...tapi kaler tu tak sama famili pun.

3. Baju yang ditempah kemain la sendat-mendat sebab masa bulan posa korang mencekik macam tak pernah jumpa nasik masa berbuka..

4. Baju terbakar sebab bini/laki korang tak reti seterika baju..

5. Baju kena kuah kacang ha..ha..ha....


DUIT RAYA
1. Anda berhajat memberi duit raya pada kanak-kanak yg datang rumah. Tp raya pertama aje dah kena serang dengan 5 biji kereta dan jumlah kanak-kanak ada melebihi peruntukan.

2. Anda kasik syiling aje sbb tak dapat bonus...

3. Anda terpaksa guna duit raya anak-anak anda sebab malas nak pergi bank.

4. Anda mengusung anak-anak beraya sakan untuk kumpul duit raya, padahal duit minyak tu tak baloi pun dengan strategi anda..

5. Anda tak kasik langsung sebab budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak..

6. Anda nak kasi duit raya..mulia betul hajat tu. Tapi takde inisiatif nak tukar duit kecik. Tak pasal-pasal cari pasal nak tukar dengan pasangan anda yang merancang perbelanjaannya..


BALIK RAYA
1. Esok nak raya baru terhegeh-hegeh dan servis kereta dan beli tiket bas/keretapi

2. Seminggu nak raya baru nak check tambang balik naik kapal terbang. Pastu maki berbakul-bakul tiket mahal padahal newsletter airlines tu saban bulan kasik tahu promosi yang ada.

3. Anda memaki kereta yang bawak mcm siput tapi ada hati nak guna lane kanan..

4. Anda kena maki sebab bawak mcm siput guna lane kanan.

5. Anda maki lagi..tp kali ini pemilik kereta-kereta mewah yang sibuk high beam sebab bawak mcm pemandu F1 simpanan.

6. Anda menyesal takde Touch n Go..terpaksa beratur panjang.

7. Lagi menyesal sebab dah ada Touch n Go lupa plak nak tambah nilai...

8. Konon nak cepat guna Smart Tag. Tapi mangkuk hayun kat depan tu buat jalan jammed sebab bateri Smart Tag dia rosak..

9. Anda beratur dengan penuh terkepit di RnR sebab semua jamban penuh...termasuklah jamban sementara.

10. Dah sampai turn anda dirumah kecik, anda mencarut sebab bau tandas mcm gampang.

11. Baju anda basah sebab paip jamban rosak......


ZAKAT
1. Anda nak bayar..tp kaunter ada. Amil hilang tak dapat dikesan.

2. Anda kena bebel dengan pasangan sebab bertangguh bayar zakat.

3. Anda tak bayar pun....(nerakalah tempatnya...)


LAIN-LAIN
1. Anda mesti sakit perut di hari raya...kalau tak, tak sempurnalah raya tu.

2. Kasut hilang di hari raya...

3. Anda konvoi di hari raya....tp yang lead jalan tu bawak kereta mcm pelesit.

4. Anda bersyukur tidak menonton filem yang ditayangkan di kaca TV di pagi raya itu di panggung wayang...terutamanya terbitan seorang profesor....

5. Anda tertanya-tanya kenapa dah takde TV tunjuk sarkas...dulu kemain meriah sarkas di hari raya...

6. Anda nak raya rumah PM tapi nak carik parking kemain la payahnya...

7. Anda tertunggu-tunggu iklan raya Petronas.....

8. Anda beraya nak eratkan silaturrahim. Tp tuan rumah dok menceceh hal politik...itu tak betol..ini tak betol...la..la..la...

9. Anda berebut remote TV dgn ahli keluarga yang lain....

10. Anda susah hati kira hutang lepas raya berakhir...


Akhir sekali...ANDA TERPAKSA BEKERJA DI HARI RAYA...HUWAAAAAA!!!

Sunday, September 27, 2009

Cerita Raya Seorang Aku...

Sudah hampir 2 minggu kita berhari raya barulah hari ini aku rajin nak menulis setelah sekian lama aku bermalas-malas. Oh, Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin. Terima kasih atas kiriman kad raya, kad kahwin, kad elektronik dan SMS. Kalau aku tak balas SMS tu janganlah kecik hati. Kredit sentiasa menjadi batasan dan penyelenggara telekomunikasi jua tidak memberikan perkhidmatan mereka yang cemerlang.

Ini raya yang tak berapa best dari segi financial...Seriously, aku kecewa sebab aku takde kuasa jual beli yang lumayan. Aku tidak salahkan kerajaan kerana tidak memandang pekerja macam aku nie memerlukan RM 500 tu - Waaaalaupun duit tu lepaslah buat kasik mak aku belanja dapur, belanja raya dan bayar tol PLUS yang sedikit pun tidak berminat mengurangkan kadar tol sempena musim perayaan.

Apapun aku bersyukur kerana adanya lambakan kain ela pemberian kawan-kawan dari Brunei stok 3 tahun tak pernah aku buat baju kurung. Itu belum masuk lagi pemberian insan-insan yang teringin melihat aku anggun bergaya berbaju kurung dengan menghadiahkan kain ela berpapan-papan banyaknya. Adalah 2 pasang baju baru siap kakak aku jahitkan. Kalau semua dia sempat jahit, rasanya tahun ini tak lari aku ada 15 pasang baju kurung! Takpe, spare untuk tahun-tahun mendatang.

Famili Den..

Salam-salam pagi raya memang sendu dan syahdu....Sedih la...Kadang-kadang macam terasa arwah abah ada dirumah itu memerhatikan kami dipagi raya. Kepada adik-adikku yang menitik airmata mintak maaf pada kakak-kakak dan abang tu harapnya janganlah pagi tu aje korang menyesal la...mintak hampun la..Sebab hakikatnya tahun depan pun skrip yang sama jugak korang akan ucapkan dan tahun depan di blog yang sama aku akan ulang benda ini sekali lagi.

B..Maafkan dosa i..apapun i tak izin u kawen lain..


Hmmm...raya kali ketiga dengan Alhadi dan tahun ini merasa jugalah aku menitik airmata dipagi raya masa bersalam dengan beliau. Oh, dan skrip yang sama akan aku ulang tahun depan dan tahun-tahun berikutnya..Kalau ada yang berubah pun cuma adjektif dan nahu aje :) Jangan marah sayang... i love you!

Raya aku tahun ini tersangatlah meriah....dari utara sampai selatan habis aku jejaki. Ini raya aku yang paling meriah. Harapnya menjadi antara yang meriah untuk tahun-tahun mendatang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami 4U2C...eh?! Dari aku untuk semua yang baca :)

Tuesday, September 8, 2009

Bonus..

Kalau kakitangan kerajaan baru bunyi-bunyi tanya bonus, org cakap -
  • elleh, kerja x seberapa tp sibuk mintak bonus
  • sebab korang dapat bonuslah harga barang naik
  • membazir duit rakyat aje kasik bonus..

Kalau swasta dapat bonus berbulan-bulan semua tak kecoh pun..walaupun kecik hati gugur bulu kaki jaki aku mendengarnya.

Harga barang naik pun tak kisah..siap keluar macam-macam teori ekonomi lagi. Teori domino pun keluar jugak termasuklah teori kematian Maikel Jeksen.

Hakikatnya, nak dapat bonus sebulan gaji pun mcm mintak simpati anak yatim. Kena gegar gunung Pinatubo pun tak tentu dapat lagi...Bukannya apa, raya nak dekat. Belanja raya bertambah. Tapi aku tak salahkan kerajaan..Aku salahkan aku yang takde saving dan baik hati sangat.

Tuesday, July 28, 2009

Bicara Soal Mati...


Julai tahun ini begitu menduga...Banyak nama-nama besar telah pergi meninggalkan kita. Baik lagenda dalam dan luar negara mahupun sahabat-handai dan manusia biasa yang ceritanya terpapar di dada-dada akhbar. Kemalangan ngeri melibatkan Perodua Kenari dan lori kontena baru-baru ini juga begitu tragis dan menyentuh hati. Aku ingat satu masa dulu, selalu terjadi kemalangan maut melibatkan Toyota Unser sampaikan kalau aku dan 'so-called' berselisih dengan Unser kami serentak akan berkata 'Ish, Unser...minggir...minggir..'

Bicara soal mati bukan sesuatu yang indah untuk dikenang. Bukan sesuatu yang lazat untuk diperkatakan dan bukan topik yang disenangi dikalangan pasangan suami isteri dan anak-anak. Tidak ada satu manusia pun yang akan betah hidup sendiri setelah adanya ikatan hati, hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan dan juga hubungan kemanusiaan. Ketika arwah Nurin Jazlin disemadikan, aku berani bertaruh luruhnya airmata Malaysia walaupun kita tidak mempunyai hubungan utuh dengan arwah dan keluarga.

Bicara soal mati tidak selesa...Sangat tak selesa kerana saat itu kita akan mula membicarakan apa akan jadi kepada manusia-manusia yang bakal kita tinggalkan. Untuk yang lebih dramatik akan bertanya adakah pasangan akan mencari pengganti ataupun setia menanti di alam syurga? Untuk yang lebih optimistik dan Abdul Wahub pula akan bertanyakan apakah harta-harta Ismet yang akan ditinggalkan untuk kami anak-beranak, suami atau isteri?

Topik ini sangat tak indah...tapi wajar disembangkan setidak-tidaknya sekali dalam bulan mengambang. Bukan untuk menakutkan diri sendiri. Bukan juga untuk mempersediakan diri sendiri. Tapi pada aku untuk diingati..detik itu...dan moment itu. Kerana ketika komunikasi itu berlangsung adanya perasaan yang bercampur dan andaian yang menakutkan untuk kita lebih menghargai insan itu sementara masih ada nyawanya dan nyawa kita untuk dipertaruhkan.

Kau gentar...aku juga begitu. Tapi mati itu pasti..Yang ada hanya kenangan abadi dan rasa kasih yang semakin subur mewangi..

Al-fatehah buat mereka yang pergi...Kamu dan aku masih di sini.

Friday, July 24, 2009

Not Again..


Masuk hari ini, sudah 3 kali aku rasa tak sedap tekak dan tak sedap badan. Ia tiada kena mengena dengan flu babi, kangaroo ataupun tupai, walaupun aku baru balik dari Bali :)

Tapi tadi agak kronik...aku hampir tidak boleh bercakap dan nafas terputus-putus. Dan kejadian itu berlaku dipejabat. Nasib baik dia tidak berkerja hari ini dan aku mahu balik dan berehat. Sakitnya sangat dasyat..tapi aku dah ok selepas makan beberapa biji ubat kuning.

Nak balik..nak rehat dan nak main Wii....
Tqs Alhadi 4 rescuing me..

Dada sangat sesat still aku refuse untuk ke PPUM..kenangan di sana masih menghantui aku!
Dan aku masih gagal menggunakan inhaler yang dibekalkan..

Kali ini aku tak salahkan cuaca lagi..tapi aku salahkan diri aku. Mungkin ini dugaan-Nya atas pemberian yang indah semalam.

Monday, July 13, 2009

BTN : Minggu Itu Telah Berlalu Dengan Jayanya..

Aku apply kursus ini 3 tahun dulu. Akhirnya kena juga giliran aku pada tahun ini. Dari 2-6 Julai 2009 aku berkampung di Kem Bumi Jati, Kelang. Aku pernah kursus di sini 10 tahun lalu dan ini masa untuk mengimbas memori zaman Program Khidmat Sosial Negara - ala-ala PKN la zaman nie..
Sebelum ke sana, aku terpaksa bershopping beberapa keperluan yang aku tak sure bila aku akan pakai balik skirt hitam, t-shirt putih, tudung dll. Kos barang-barang itu, subhanallah macam kos belanja raya! Kopak mak bedah kejap. Kerana aku seorang yang jujur, amanah dan tawadduk maka aku pun menyediakan keperluan seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan kursus.

Rasa excited melampau sebab aku sangkakan aku akan bersama puak kerabat dari Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan. Rupa-rupanya aku kena tinggal! Aku badge tersisih dan tercicir dari senarai bertuah mereka itu.. Aku mulalah membayangkan hidup ala-ala survivor yang takde kawan dan takde geng nak merambu-ramba. Memang betul pun telatah itu. Aku sorang! Masa Hadi hantar aku ke sana, aku bole gelak-gelak lagi sepanjang perjalanan. Bila dia hantar aku depan asrama, memang aku rasa nak meraung-raung depan tu jugak. Dah la majoriti yang ada dalam dewan pendaftaran orang daripada JAKIM...Asrama aku pulak asrama BERIMAN! Rasa macam kena paksa masuk Al-Arqam pun ada :)

Jadi 2 hari pertama aku lalui dengan memangkah jadul kursus agar aku tahu masa itu cepat berlalu. Oh, sudah 2 hari dan hanya beberapa kerat aje kawan baru yang aku kenal. Itupun sebab duduk sebaris dengan aku masa ceramah dan ramah-tamah melampau! Tapi itu semua berubah bila kami dibahagikan kepada 8 kumpulan. Aku termasuk dalam kumpulan 1...Kumpulan yang pada aku sangat best dan sangat happening. Selepas sessi ice-breaking, jangan kata ais cair, airmata pun luruh! Tapi itu membuatkan kami semakin rapat dan mesra walaupun baru berapa detik saja kenal.

Jadual sangat pack..pengisian juga padat. Apa yang penting sangat BTN tu hanya manusia yang dah pergi aje bole jawab. Tapi aku bersyukur sebab semuanya dah berakhir...dan aku dapat sahabat-sahabat baru yang sangat best dan meriah.

Group 1 yang happening

Wednesday, July 8, 2009

Comelkah Anda Ketika Bersin?

Comel ke? Perasan comel adalah...

Kajian mendapati manusia bila bersin buruk bebenor ropenya kata orang Perak Tengah.
Dan bila manusia bersin, secara automatik mata akan tertutup.

Kalau terbuka, alamat tersembul la mata itu keluar dari paksinya kerana kelajuan bersin yang begitu super power kuasanya..


Buruknya rupamu di kala ini...


Tapi kalau binatang yang bersin....Hmmmm sedikit comel p:
Enjoy.....

Eleh leh...mintak kena sepak nie..

Achum.....kuasa 2..

Haaaachommmm!! Hambek kau!

Wednesday, July 1, 2009

Teman Lelaki Atau Kucing?


Aku pilih lelaki tu....

Thursday, June 25, 2009

Hari Dadah Antarabangsa : Korang Kesah Ker?


(Dengan penuh rasa..)
Untuk makluman, pada tahun 1987 Perhimpunan Agung PBB bersetuju tarikh 26 Jun setiap tahun diisytihar sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Ia bertujuan untuk menyokong matlamat untuk mewujudkan masyarakat antarabangsa bebas dadah. Oleh itu, semua negara anggota PBB digalakkan mengadakan sambutan sebagai peringatan kepada kita agar bersama-sama memperbaharui azam dan tekad dalam usaha membanteras masalah dadah.

Atas di atas bukanlah karangan saya yang indah ayatnya sebaliknya adalah antara jawapan bertulis KP Agensi Antidadah Antarabangsa ketika beliau saya wawancara untuk dokumentari khas 'Kerana Dadah' yang akan disiarkan esok.

Persoalannya, korang kesah ke hari-hari hari apa selain hari raya, hari cuti dan hari-hari mau?

Mungkin kalau ada antara ahli keluarga terdekat yang terjebak jadi penagih barulah kita akan sibuk menggoogle itu ini apa dadah, syabu, ketamin dan ekstasi bagai.

Aku tak mahu menuding jari sebab-musabab penagih cenderung memilih pil eramin daripada keropok lekor kerana mereka seorang *tut*.....*tut*...dan *tut* lagi. Sebab aku sendiri ada potensi untuk menagih dadah sintetik sementalah badan aku pun takdelah sihat sangat macam Nobita Gawa. Tapi tak pula aku memilih untuk berlama-lama BENCINTA dengan Vicodaine, Paracetamol, dan kategori sintetik yang lain.

Aku berkesempatan mengadakan rakaman di sebuah Pusat Pemulihan dan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baru-baru ini. PUSPEN? Oh, kalau aku sebut pusat serenti tentu semua tahu. Eh, bila pulak jadinya PUSPEN ini. Aku rasa pihak berwajib perlu mengadakan pemberitahuan pertukaran nama ini dan sahabatku Cat, ini tugas anda yang mulia! :) Kalau aku tak buat doku nie, sampai bila-bila aku akan sebut pusat serenti sebab PUSPEN tak mesra di telinga aku langsung.

Ada jawapan dikalangan pelatih - kenapa mereka sukar berhenti menagih? - yang membuatkan aku dan editor yang manja, Mizi tersenyum bersimpul-simpul malam semalam. Mizi jangan bosan he..he..he..

Jawapan mereka menuntut pemikiran kita yang tinggi sikit dari Bukit Angkasapuri untuk merungkai satu jawapan kepada persoalan - Adakah dadah akan berjaya dibasmi menjelang 2015?


p/s : Doku Khas - Kerana Dadah akan disiarkan pada hari Jumaat, 26 Jun 2009 jam 10.00 malam di TV1.

Wednesday, June 24, 2009

Peribahasa Minggu Ini

Peribahasa Asal : Seperti Musang Berbulu Ayam
Peribahasa Moden : Seperti Hanjeng Berbulu Zebra

Makna mengikut Wikepedia ialah :-
  1. Orang jahat yang berpura-pura baik
  2. Berpura-pura menolong namun niat sebenarnya menjerumuskan
Contoh ayat :
Ultraman Zargus percaya adanya Hanjeng Berbulu Zebra dikalangan ultraman yang menyebabkan mereka dituduh merobohkan stadium di Terengganu baru-baru ini.

Monday, June 22, 2009

This Is Personal..


(Kalau tak berkenan dengan isi kandungannya silalah berhambus ke jajahan yang lain - pesanan penaja)

Dalam jangkamasa tak sampai setahun, ini kali kedua aku sakit teruk. Teruk dalam erti kata kalau aku menyerah diri ke PPUM confirm tanpa dakwa-dakwi aku kena menjadi penghuninya barang 3-4 hari lamanya. Untuk itu aku lagi senang melepak dan melepek di rumah saja.

Dan semalam, Ameera selamat menjadi penghuni Hospital Ampang...kesian. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu semua orang senang kena penyakit. Aku sendiri belum melawat Ameera sebab aku sendiripun sakit he..he..he.. (alasan..alasan..)

Aku punya pengalaman pahit - terlalu pahit semasa aku berada di hospital Februari lalu. Sampai sekarang akan aku ingat setiap inci butirnya sebab aku tahu, sejarah akan berulang. Mendayu-dayu Tomok melagukannya sampai aku rasa nak sepak dan SEpak terhajang mukanya.

And surprisingly, waktu-waktu begini orang yang prihatin dengan kesihatan aku adalah orang yang baru aku kenal sehari dua, orang yang aku kenal tahun lepas tapi kebetulan bertanya khabar dan suku-kaum begitu juga.

Sejarah yang aku maksudkan di atas berulang kembali. Dalam bentuk apa - ini aku simpan sebab aku tak reti nak mengayatkan situasi itu. Yang nyata, aku menyesal aku sakit - walaupun aku tahu sakit itu ujian dari tuhan.

Tapi aku akan ingat benda-benda nie :-
  • It's ok kalau partner lu sakit, lu keluar pergi lepak dengan kawan-kawan
  • More ok...lu lepak dulu, then baru belikan partner u makanan (standard lepak 1 jam, tak mati partner lu tunggu)
  • Lepas tu lu keluar sekali lagik - gathering pulak (partner lu sakit banyak kali, jumpa kawan sekali sekala aja)
  • Ini paling best - lu tunggu partner lu bangun tidur entah pukul brape coz malam tadi minah tu sental berapa doz ubat batuk untuk tanya dia 'darling u mau mamam apa?'
Kerana itu, aku lagi sanggup melepak rumah menyusahkan mama daripada menyusahkan orang lain.

Monday, June 15, 2009

Lobang Kerja

Lobang kerja ada di mana-mana...
Pokok pangkal kita tidak memilih..


Lobang kerja
membantu kawan-kawan kita yang tak berkerja..

Lobang kerja
harapan mereka...


Anda mahu lobang kerja?


www.apabilabainikhairimenulis.blogspot.com

Friday, June 12, 2009

Lagi Iklan Sengal : Omputih Pun Tak Betul Juga

Orang putih memang hebat buat lawak jenaka..Tapi kalau lawak itu bukan ditujukan pada mereka..

Tapi kalau oranglain buat lawak pada mereka, bila diorang tak suka diorang kata rude, racist, immoral dan lain-lain.

Punyalah bangang....tisu jamban terpakai dan batu nesan pun nak jual.

www.apabilabainikhairimenulis.blogspot.com

Thursday, June 11, 2009

Kerja Kosong Dengan Gaji Lumayan...


Bekerja sebagai KAYA BALL, WAFFLE, SWEETCORN dan lain-lain.
Berminat menjadi makanan? Sila apply sekarang. Makan dan minum disediakan.

www.apabilabainikhairimenulis.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

Kacuk Tanpa Rela..

Ramai yang fikir kalau kita kawin campur, anak yang lahir akan lebih cun, bijak, comel dan yang molek-molek belaka. Tapi pernah tak kita fikir apa perasaan bintang yang kahwin campur? Kalau tak kawin pun mungkin diperkosa secara tidak sengaja oleh binatang lain. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak haiwan itu sendiri..

Dari satu sudut lain pula, keunikan ini menjadikan manusia membayar tiket untuk masuk ke sarkas ataupun Muzium Ripley's.

Utuk itu, pemenang ke-5 kategori mangsa kacuk tanpa rela jatuh kepada :-

Hanyet : Hanjeng + Monyet..


Pemenang ke-4 kategori mangsa kacuk tanpa rela jatuh kepada :-

Zorse : Zebra + Horse

Pemenang ke-3 kategori mangsa kacuk tanpa rela jatuh kepada :-

Batik : Buaya + Itik

Pemenang ke-2 kategori mangsa kacuk tanpa rela jatuh kepada :-


Kakajeng : Kakaktua + Hanjeng

Dan tempat pertama bagi kategori ini yang membawa pulang sijil penyertaan, sijil simpanan premium dan sijil mati ialah...........

***Scroll bawah lagik
*
*
*
*
*
*
*
*
Gajot : Gajah + Orang Utan

Sekian untuk hari ini dan selamat beramal..

www.apabilabainikhairimenulis.blogspot.com


Saturday, June 6, 2009

Skandal Ultraman Terbongkar!

Skandal ultraman terbongkar..Ultraman rebah dipelukan siapa?Gossip akhbar nyamuk ternyata berasaskan kanji!

Patutlah ultraman bila ditanya benarkah ada skandal dengan Utada Hikaru dia tak mengaku..Dengan Kiroro pun macam tu jugak..apatah lagi dengan babe hot dari kumpulan Dendang Ewah Wak Lu, Salmah Solo Lagi.


"Saya hanya sukakan wanita Jepun terakhir..Tak mainlah Minah Salleh ataupun minah negro. Kalau raya saya tak perlu nak baling syiling nak raya kat mana sebab saya memang akan cari gf dari Jepun juga" kata Ultraman ketika ditanya wartawan Minda Pelajar.


Insan bertuah yang berjaya mencuri lampu kelip-kelip di dada ultraman itu ialah seorang penari Kabuki, Shashimi Osyhin. Kalau tak silap, rupa beliau seperti salah seorang penari di Simon Kabaret, Phuket.

Kepada Ultraman, tahniah diucapkan. Kami dari meja jenayah mengharapkan hubungan ini berakhir dengan ikatan tali rafia atau simpul mati. Jenama cat terkemuka dari negara matahari terbit yang dirahsiakan telah sudi menghadiahkan 5 tin cat untuk house warming.


Selamat berbahagia ultraman..

Friday, June 5, 2009

Punca Stadium Terengganu Runtuh

Disahkan soheh oleh Bernama Siti..

Menurut ceritanya, persatuan Ultraman berura-ura nak buat muktamar di Stadium Terengganu. Tapi Ultraman Zargus tak dibenarkan bertanding sebab ada penyakit jaundice berjangkit. Pencalonan beliau di tolak mentah-mentah sebab lampu yang dihasilkan tak lagi menyalakan warna merah - sebaliknya warna kuning. Kalau kuning pekat tak apa juga..Ini kuning tahi anjing!

Ultraman Zargus : Nak, amek!!!!

Sebelum kejadian, semua ultraman berdaftar dengan Suruhanjaya Super Power Dunia telah berkampung di stadium terbabit dan mereka bersidang dengan aman. 8 minit 2 saat kemudian barulah Ultraman Zargus datang dengan agenda jahatnya. Sebab itulah runtuhan berlaku kawan-kawan..

Atan Lut : 4 dari kanan Halim Deraman

Macam biasa..aku salahkan Atan Lut..

Wednesday, May 20, 2009

Gajah Ternoda....


Kesian...
Kadangkala kreatif itu menyakitkan!

Tuesday, May 12, 2009

Awas : Demi Kesejahteraan Kemaluan Anda

Ada Apa Dalam Mangkuk Tandas?

Benda ini agak pelik, tapi aku selalu terfikir tentangnya. Setiap kali aku masuk tandas awam untuk melepas hajat, aku sangat risau tengah sedap-sedap membuat pelaburan tiba-tiba ada binatang yang menggigit atau mematuk anda. Binatang yang aku maksudkan bukannya nyamuk, tapi ular, lipan ataupun lintah.

Ular dalam mangkuk tandas di India..

Maklum aje la, kita bukannya nampak apa yang bermastautin di kawasan tandas tersebut. Kalau tandas rumah tu soheh-soheh kita bersihkan dan yakin akan kebersihannya. Dan tadi bila aku baca Berita Harian, cerita ini pula keluar. Jadi kerisauan aku berasas.


TAIPEI: Seorang lelaki dipatuk ular sebaik duduk di mangkuk tandas untuk membuang air di tandas rumahnya.

“Sebaik duduk, tiba-tiba dia berasa sakit seperti dihiris dan segera berdiri. Apabila melihat ke bawah, dia nampak seekor ular besar,” lapor akhbar China Times.

Lelaki berusia 51 tahun itu hanya cedera ringan, kata pengarah Hospital Puli Christian, dan dibenarkan keluar sebaik melepasi risiko jangkitan.
Imej televisyen menunjukkan reptilia berwarna hitam dan kuning itu dikeluarkan daripada mangkuk tandas di rumah mangsa. - Agensi


Sebagai pesanan khidmat masyarakat, perhatikan persekitaran anda sebelum melepas hajat - demi kesejahteraan kemaluan anda juga.

Kena Patuk Amat Mengerikan..

Thursday, May 7, 2009

Sedapnya Sotong..

Sotong memang sedap...sotong masak kicap, sotong kangkung, padprik sotong, tom yam sotong dan lain-lain...

Tapi kok ya lapar sangat pun masak la dulu!