Friday, August 29, 2008

Perihal Bajet 2009

Sebaik saja aku mendapat tahu 29 Ogos 2008 Pak Lah akan membentangkan Bajet 2009, aku sudah berkira-kira untuk memanggil Presiden CUEPACS,Haji Omar Osman dan juga Presiden Persatuan Pengilang dan Pengusaha Bumiputera, YM Dato Raja Nong Chik Raja Zainal sebagai panel untuk topik semasa dalam rancangan SPM.

Debaran Bajet 2009...itulah tajuknya dan begitu kuatnya juga debaran itu kepada aku. Pertamanya, sebab aku risau kedua-dua panel beremosi sementelah masing-masing mewakili persatuan yang memperjuangkan keperluan dan hak. Keduanya...he..he..he...aku memang nervous setiap kali YM Dato diundang ke Studio. Sudah 3 kali aku undang YM Dato dan tidak sekalipun beliau menghampakan permintaan aku. Karisma YM Dato buat lutut aku menggigil seketika..

Lebih buat aku melompat anak-anak riang adalah sebab SMS yang masuk pagi tadi sahaja mencecah 300 lebih...Satu angka yang agak besar untuk sambutan program pagi. Mood aku pulak bukan main ceria lagi. Mungkin kerana Energy Drink yang aku togok sebelum siaran. Tapi nyatanya sebab sebab tetamu yang seorang itu...ahaks
!




YM DATO' RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL


HAJI OMAR OSMAN


*****************************************


Y.A.B DATUK SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI


Penat kalih kiri-kanan..jari lenguh memicit butang TV kejap RTM 1, RTM 2, TV3, NTV 7, 8TV dan juga Indosiar (eh, mana datang ini Pak Man?)

Tak larat juga keluar masuk bilik air kerana debaran itu sungguh meningkatkan adrenalin dan memaksa buah pinggang bekerja lebih keras lantas kantung kencing penuh sebelum waktu..

Sempat aku bukakan geluk jampi memuja batu telaga sabta dan mendapatkan khidmat paranormal Kepulauan Java. Orang putih ada kata, Two Out Of Three Ain't Bad..

1) Ok la....bonus sebulan gaji...

2) Gaji pesara minima RM 720. Hmm....mama dapat almost RM 800 tapi oklah untuk pesara lain..

3) KWSP..tak kena langsung...
Apapun syukurlah ada gak belanja nak raya dengan bukak sekolah adik-adik aku nanti...

2 comments:

k-one said...

pengumuman bil api free bg mereka yg memdapat bil d bawah RM20 sebulan adalah pengumuman paling lawak dan kartun sekali. sekian.

SITI NORBAINI said...

iya...kartun pada anda yang merasakan rm20 tu sikit dan kelakar sangat. pada yang bil mereka memang rm20 ke bawah dah rasa syukur sebab tak payah bersusah payah beratur bayar bil..