Thursday, April 30, 2009

Paul Blart Yang Hanjeng..


Dalam sejarah aku menonton wayang, sekali saja aku terus keluar panggung biler citer tu memang tahap bosan giler babas. Citer yang tak semenggah itu ialah The Number 23 lakonan hampeh Jim Carrey. Walaupun dia berjaya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak dalam filem Ace Ventura dan Bruce Almighty, dalam filem di atas dia kategori hampeh geduak jua adanya.

Semalam, semasa menonton Paul Blart : Mall Cop, aku hampir-hampir mengeluarkan diri aku - sekali lagi. Tapi kerana adanya jagus rebus dan air coke sebagai bekalan, aku tahankan juga niat nak berambus dari panggung 4, GSC Summit USJ. Tapi kerana filem ini diterbitkan oleh Adam Sandler, aku tunggu la jugak.


Paul Blart : Mall Cop mengisahkan Paul Blart, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah. Paul tinggal bersama seorang anak separa sihat dan seorang ibu separa tua tanpa isteri. Isteri Paul meninggalkannya setelah berjaya mendapat Kad Hijau (haram jadah betul pendatang itu :) Paul mengidap 'hypoglecimia' - kurang gula dalam badan yang akan menyebabkan dia pengsan setiap kali kadar gula dalam badan berkurangan. Sudahlah begitu, keadaan fizikalnya yang begitu membesar bagai johan menyukarkan beliau mencari kekasih. Tetapi kehadiran Amy yang bekerja sebagai penjual rambut palsu di salah sebuah kiosk di pusat membeli-belah itu membuatkan Paul terasa ingin dicintai semula. Berlaku satu rompakan di situ yang menyebabkan keadaan menjadi kalut dan Paul berusaha menyelamatkan Amy dan anaknya yang menjadi tawanan perompak.


Watak Paul Blart dilakonkan oleh Kevin James dan Amy oleh Jayma Mays.
Setelah membuang masa sejam lebih di panggung, aku rasa cerita ini tahap lawak kejap-kejap la


Tak berbaloi untuk ditonton di pawagam apatah lagi membeli DVD haram. Kalau ada yang best pun hanyalah watak Pahud yang muncul sekejap-sekejap dengan loghat Indianya yang lucu.

Jayma Mays, gadis separa aneroxia ini yang jadi pilihan Adam Sandler memegang watak Amy. Apa dah tak ada muka lain ke yang lebih inesen dan lucu? Jayma Mays banyak berlakon dalam drama hebat sebagai pelakon pembantu seperti Ugly Betty, How I Met Your Mother etc dan filem Epic Movie. Lakonannya ok la... Tapi kalau bagi Anna Faris, perempuan yang berlakon Scary Movie tu lagi kena..

So, jangan tengok. Buang masa dan wang ringgit aje.

Tuesday, April 28, 2009

Jangan Peluk, Jangan Cium

Babi terbang...

Tiba-tiba minggu nie binatang bernama BABI begitu popular. Kalau ada Anugerah Binatang Popular mungkin babi akan mengungguli kategori Binatang Paling Popular..

Ni semua gara-gara virus selesema babi yang telah meragut beberapa nyawa di seluruh dunia. Selesema babi ini dikatakan sangat mudah berjangkit dengan simptom demam, batuk sakit badan dan sudah bernafas.

Di Mexico 103 telah menjadi arwah disebabkan wabak ini, itu belum masuk lagi 400 lain yang masih dirawat. Angka ini berpotensi meningkat dan aku tak pasti kenapa kerajaan belum bercadang mahu menyekat rakyat kita pergi ke Amerika Syarikat ataupun Mexico.

Selesema babi kini sudahpun merebak hampir keseluruh dunia. Harapnya wabak ini tidak sampai ke Malaysia. Di Indonesia, pihak berkuasanya menggantung semua import babi dan produk daging berkenaan manakala di Thailand turut mengadakan langkah berjaga-jaga agar tiada produk babi yang terlepas masuk ke Thailand. Walaupun babi adalah sumber protein, buat masa ini babi bukanlah pilihan terbaik. Maka itu carilah sumber protein lain seperti ikan, daging lembu, daging kambing dll.

Di Filipina, penguasa mereka meminta warganya untuk tidak berpeluk atau bercium di tempat awam bagi mengelakkan penularan virus selesema babi - walaupun belum ada kes yang dicatatkan di sama. Secomel manapun babi di mata anda, buat masa ini hentikan dulu bersentuhan dengan mahkluk yang satu ini. Bukan untuk orang lain..Untuk kesejahteraan sejagat jua adanya...

Kena Selesema Babi Kang Baru Tau..

Saturday, April 25, 2009

Hotel Terbang Pertama Dunia

Masa mula-mula aku dapat email gambar nie, terasa kagum la jugak. Mahunya tidak..siapa yang tak teruja nak tinggal di hotel helikopter yang ala-ala eksklusif, mewah dan unik.
Hotel Terbang Pertama Dunia ataupun World's First Flying Hotel ini dikatakan adalah model helikopter lama Soviet MIL V-12 dengan 18 bilik mewah kalis bunyi. Siap ada room service, wireless internet dan katil bersaiz Queen.

Monyetnya, ia hanyalah satu propaganda gimik keji enjin pencari helicopter.com yang dibuat sempena April Fool pada 1 April lalu...Dengan longkangnya mereka kata dan aku quote :-

Oh, and yes, we’re the folks behind the flying hotel of the same name. We were just having some fun, and had no idea it was going to blow up like it did - we've gotten about 1.5 million page and video views just in the last week - so thank you very much for all the attention and support - and hopefully we made
you smile ..
Info lain - hanya 2 model MIL V-12 yang telah dibuat. Prototaip pertama telah terhempas pada tahun 1969 dan satu lagi ada dipamerkan di Moscow. Pergilah sana kalau ada masa.

Proton Exora

Dalam banyak-banyak design kereta keluaran proton, aku rasa Exora tergolong dalam ketegori ok dan boleh tahan. Aku masih tak boleh menahan rasa lucu dengan rekaan JUARA yang aku sifatkan seperti peti ais bergerak / mesin basuh bergerak.

Hitam Itu Menawan..

Kelabu..dah banyak di jalanan
Biru Yang Chunz..

Adakah aku akan memiliki kereta ini? Pengejar Masa kata 'tunggulah ada 2-3 anak' barulah terfikir nak tukar kereta. Aku tak pasti dengan meletak gambar teh ais tergantung ini akan membuatkan Bidan Jenab teruja untuk memiliku Exora.


Exora? Namanya pun tak patriotik..Tak melambangkan ke-MALAYSIA-an langsung.

Thursday, April 23, 2009

Queens Of Langkasuka


Semalam aku berpeluang ke Midvalley dan dapat juga akhirnya menonton Queens Of Langkasuka. Itupun hanya ada 2 tayangan, pukul 6.30 petang dan 11.00 malam. Nak tak nak, ambil pukul 6.30 petang dan keluar sedikit awal dari pejabat. Sampai MV agak awal dan sempat aku melantak burger Carl's Jr. sebelum tengok wayang.

Sinopsis filem ini aku ambik dari laman ini.
400 tahun dahulu, kerajaan Langkasuka berada di bawah pemerintahan Puteri Hijau (Jarunee Suksawat) dan dikelilingi oleh musuh. Harapan Puteri Hijau adalah untuk mendapatkan meriam berkuasa daripada seorang pakar senjata daripada Belanda. Walaubagaimanapun, keadaan bertukar buruk apabila meriam-meriam tersebut telah jatuh ke tangan lanun. Puteri Hijau dan adik-adiknya, Biru (Jackie Apithananon) dan Ungu (Anna Rees) berusaha untuk melindungi kerajaan merekaq daripada musuh dengan mendapatkan bantuan penolong pakar senjata Belanda yang bernama Lim Kium (Jakkrit Phanichphatikram), Jarang (Chupong Changprung), seorang askar berani Langkasuka dan juga Pari (Ananda Everingham).

Ini adalah filem ke-3 Ananda Everingham yang aku dah tengok selepas Shutter dan The Coffin. The Coffin aku tengok masa di Hatyai tahun lepas. Lakonan dia biasa-biasa aje. Ini adalah filem epik yang berjaya mengelabui mata penonton dengan pelakon-pelakon utama yang kacak dan lawa (ada ke orang guna istilah nie lagi?) Penuh bertattoo di dada dan paha dengan cawat ringkas Pari nampak sangat jujur dan perkasa. Nasib la kau tu handsome..kalau tak orang pun tak datang tengok filem nie.

Pada aku hero sebenar filem ini ialah Lord Jarang sebab dia sentiasa ada untuk menyelamatkan Ratu Ungu dan Ratu Biru yang macam 'damsel in distress'. Kesian kawan tu..sampai cacat kekal di muka kena sembur racun..Kena parang tak payah cakap la. Tapi tanpa Sultan Pahang, Ratu Hijau pasti dah jadi arwah dek kerana kehebatannya menembak macam sniper. Pari pulak manusia emo yang asyik nak menjerit aje dari celah perut.

Walaupun jalan cerita QOL sedikit perlahan, tapi ia seolah menahan anda untuk tunggu apa yang akan jadi di babak seterusnya. Aku tak sure adakah kerana skrin besar dan bantuan sistem audio yang mantap ataupun kekaguman sementara dengan kehebatan orang Thai berbaju Melayu tapi cakap siam! Ataupun rasa kagum filem pasal Kedah Lama dibuat bukan oleh David Teo ataupun Yusof Haslam tetapi Nonzee Namibutr.

Tak dapat tidak, menonton filem ini mengingatkan aku pada banyak filem barat. Antaranya Lord Of The Ring, Castaway, Pirates Of The Caribbean : The Curse Of Black Pearl dan lain-lain.

Dan Rawai yang kacak dan rambut Pantene itu nampak macam M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Dengan rendah diri, aku 'mensagest' kawan-kawan menonton sebelum habis di makan monyet.

p/s : Cerita best macam Hotel Langkasuka Beach kat Langkawi..he..he..

Wednesday, April 22, 2009

Pengacara Gampang!



Aku jumpa video ini di laman Oh,Bulan. Terima kasih kepada penterjemah atas usaha anda memahamkan penonton dan terima kasih kepada sesiapa yang download rakaman ini.

Aku rasa macam program talkshow dari Perancis..bunyi macam menghala ke sana. Tak kisahlah stesyen TV manapun, tapi pengacara nie memang macam gampang! Kalau akulah penerbit masa tu, memang aku caci-maki sesedap rasa mangkuk berhayun tu.

Padan muka kena pecat. Kabel besar mana pun tak boleh tolong. Nak jadi pengacara bukan sekadar kena articulate. Otak kena berisi, postur badan kena jaga dan satu yang penting - jangan biarkan perasaan mengganggu konsentrasi anda.

p/s : muka yang cantik dengan kapasiti otak yang sifar hanya menjadikan anda pengacara yang bakal menerima caci-maki dan bahan jenaka harian dari penonton macam aku..

Tuesday, April 21, 2009

Naik Basikal Kat San Francisco

Minggu lepas aku bercuti di luar negara. Takde la jauh sangat...kat San Francisco aje. Tiket pulak dapat free Datuk H sponsor.

Masa kat sana ada Bicycle Parade. Aku dan Datuk H rasa teruja nak join mereka berbasikal. Sayangnya kami terlupa membawa cat Pelaka dan aksesori-aksesori yang lain. Terpaksalah memandang sayu dari jauh sambil memberi sokongan kepada kawan baik kami, Ted Buckland bersama geng acapellanya 'The Worthless Peon'.


Kami cuci mata.....best! Macam-macam ragam ada. Makhluk angkasa gaban aje yang takde....Satu benda aku terfikir : Tak sakit ke alat sulit diorang?

Corak Lembu Yang Terpilu...

Mak Buyung Sendu

Hijaukan Bumi...

Wonderwoman

Para-Pari Sakura

Go, Tiger! Grrrrr...

Monday, April 20, 2009

Novel Cinta Kita..


Aku dah lama tak membaca novel. Rasanya novel terakhir yang aku baca ialah novel Ahadiat Akashah yang entah apa Cinderella tajuknya. Itupun sebab member bawak masa aku masuk hospital. Kalau tak rasanya tak membaca aku novel yang isi perutnya membuatkan aku mual-mual.

Minggu lalu, aku menghabiskan masa hujung minggu bercuti di Kuantan, Pahang. Sekali-sekala menghala ke Pantai Timur seronok juga sementelah hampir setahun lebih aku tak ke sana berdua. Jadi untuk mengelakkan kebosanan, aku beli suratkhabar Harian Metro dan majalah Media Hiburan. Err, rasanya dekat 11 tahun aku tak membeli majalah nie. Last dulu masa zaman remaja

Tengah-tengah belek majalah tu, adalah dipromosikan novel-novel dengan tajuk dan sinopsis cinta yang sendu. Aku dan Hadi pun mulalah bersembang kisah-kisah novel ini. Sinopsis mesti awek nie dah ada boifren pastu menggatal dengan mamat lain pulak. Ataupun awek nie dah bercinta bertahun-tahun tapi tak dapat restu mak bapak. Plot wajib mesti ada gaduh-gaduh manja, salah sangka dan eksiden yang menyebabkan cinta bertaut kembali. Dah tak cukup ideakan penulis novel di Malaysia? Kalau diorang boleh buat cerita pasal jamban X dan Lembu kena ceroboh sebagai bahan utama memang aku salute la!

Jadi sepanjang perjalanan, terbitlah idea sebuah novel yang bakal di beli oleh Mitsuoka Company yang bertajuk 'Pemanduan Cinta'. Menurut khabarnya walaupun belum diterbitkan anak Yusof Haslam dah berminat nak buat versi filem. Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang memandu Hummer, Hadi Vertigo namanya. Dia mempunyai seorang kekasih tetap yang bernama Abby Valenciaga yang baru mendapat pemastautin tetap Malaysia setelah berhijrah dari Islamabad. Ketika dalam perjalanan ke Kuantan menaiki Hummer, Hadi sering bermain Blackberry Bold yang mengakibatkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian penuh ketika memandi. Abby pula terbongkang disebelah membayangkan Julian Mac Mahon akan datang ke Malaysia mengucapkan I LOVE YOU kepadanya selepas Abbu Valenciaga curang dengan Dr. House. Keadaan jalan yang berlubang-lubang dan hujan gerimis menyebabkan Abby dan Hadi yakin hidup ini tak selalunya indah. Adakah Hadi akan menukar wiper baru? Bagaimanapula nasib seat bercorak harimau seletah Abby mahu seat kulit buaya? Dapatkan novel 'Pemanduan Cinta' di toko buku berhampiran dan nantikan kemunculannya di Panggung Anniversary.

Mesti box-office dan David Teo pun mulalah berkawan rapat dengan aku untuk mendapatkan skrip filem komedi seram terbaru..

Wednesday, April 15, 2009

Menteri Wilayah Persekutuan

Kredit Foto http://www.pharmaniaga.com/ph/images/BOD2009/Raja%20Stand.jpg

Kabinet baru telah diumumkan seminggu lalu. Ada yang dikekalkan, ada yang digugurkan dan ada juga yang bertukar portfolio. Sementara menunggu senarai yang diumumkan aku hanya berminat kepada 2 perkara saja.
  1. Siapa Menteri Penerangan yang baru?

  2. Adakah Datuk Mukhriz Mahathir jadi Senator?

Kementerian Penerangan diterajui oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim manakala Datuk Mukhriz pula menjawat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Maka penantian itu terjawap dan aku tak sangka aku akan terkejut dengan satu nama baru yang memegang Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Datuk Raja Nong Chik aku kenali dengan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM). Masa aku penerbit SPM, beliau adalah tetamu yang sering aku undang terutama apabila bercakap tentang harga gula, beras dan tepung. Sebelum itu memang aku tak pernah nampak beliau diundang oleh kawan-kawan sekerja yang lain.

Aku suka gila kat beliau..Suka sebab beliau cakap fakta tanpa bunga-bunga cinta meliar dan kalau beliau rasa nak hentam sesuatu, beliau belasah aje. Sampai aku kadang-kadang separa gigil digaleri merisau implikasi biji butir perkataan beliau.

Tahniah la YM Datuk Raja Nong Chik..walaupun aku tahu dia tak akan baca catatan ini. Dan 2 keping gambar beliau yang AP-AP aku bagi satu masa dulu ada lagi terpamer atas meja kerja. Aku rasa Datuk Seri Najib buat 2 keputusan yang wajar. Satu tentang Datuk Mukhriz, satu lagi tentang YM Datuk Raja Nong Chik.

p/s : kalau ada yang dengki dengan entry ini itu masalah korang

Wednesday, April 8, 2009

Mari Membaling Kasut..


Selepas kes wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi membaling kasutnya kepada George W.Bush, kali ini wartawan Jarnail Singh dari penerbitan Dainik Jagran pula melakukan perkara yang sama. Tetapi kali ini kepada Menteri Dalam Negeri India, P.Chindabaran. Kisahnya, dia marah dengan jawapan menteri terbabit bila ditanya tentang Parti Kongres - adakah terlibat dengan rusuhan anti-Sikh.

Selain dua insiden di atas, ada satu lagi peristiwa baling kasut yang pernah terjadi. Sayangnya aku tak ingat berlaku di negara mana. Nampaknya selepas ini kalau ada press conference dengan wartawan mereka akan diminta untuk menganggalkan kasut. Barulah aman dan tak terjadi perkara serupa ini. Tapi kalau dah marah, tak dapat kasut pen pun boleh melayang he..he..


Bukan senang jadi wartawan...sabar kena banyak. Aku pernah melaluinya. Jangankan kata baling kasut. Terasa nak simbah asid dan menyepak pun ada jugak...Lepas ini mesti jenama kasut yang dibaling oleh Jarnail Singh mendapat sambutan hangat di India..

Sunday, April 5, 2009

Tun Dr. M Kembali Pada UMNO - Sireh Pulang Ke Gagang


Akhirnya, Tun Dr. M kembali semula kepada UMNO. Selayaknya ibarat sireh pulang ke gagang, kemasukan semula beliau disambut baik oleh banyak pihak, khususnya pemimpin terkini UMNO dan hamba sahaya macam aku yang memerhatikan sepak terajang politik dari jauh.

Walau apapun sebab Tun Dr.M keluar UMNO satu masa dulu, buang la jauh-jauh rasa yang pelik-pelik di dalam jiwa. Beliau masih ramai penyokong, khususnya dikalangan orang Melayu. Jika tindakan inilah yang dapat menyatukan semula bangsa dan masyarakat Malaysia, mengapa tidak? Yang tak suka Tun Dr. M, UMNO dan kerajaan pasti bergantang-gantang kata-kata nista yang dilemparkan. Kebebasan bersuara..biarkan saja.

Apa lagi selepas ini? Tunggu ajelah...politik kita memang rancak - serancak lagu joget yang berkumandang di komputer riba aku yang banyak sungguh virusnya..

Friday, April 3, 2009

Teori R.A.H.M.A.N


Apabila Datuk Seri Najid Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, maka rakyat yang tak bijak pandai macam aku mulalah 'menggoogle' teori klasik ini. Untuk pengetahuan, aku telah mula mendengar teori ini sejak zaman sekolah rendah, antara usia 7 - 8 tahun. Ketika aku dilahirkan pada tahun 1981, Tun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. Untuk itu, aku membesar dalam era pemerintahan Tun dan sebagai bekas Perdana Menteri, Tun amat istimewa dan sentimental di nurani aku.

Daripada bahan bacaan maya yang aku baca, menurut kisahnya teori ini diramalkan/diasaskan oleh seorang penulis buku politik iaitu Syed Hussien Al-Attas. Tahun bila teori ini bangkit tidak dapat aku pastikan. Tapi nyatanya teori R.A.H.M.A.N telah dibuktikan kesohehannya.

R.A.H.M.A.N
R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H - Hussein (Tun Hussein Onn)
M - Mahathir (Tun Mahathir)
A - Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
N - Najib (Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak)


Berdasarkan teori ini, ramai pernah meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Tun Mahathir. Tahun 1998, lokasi di SM Lembah Keramat, kelas Matematik Tambahan aku, kawan-kawan rapat yang bulan haluannya dan seorang guru pernah berteka-teki siapakah yang bakal menggantikan Dr. M (ketika itu) kalau bukan Anwar? Apabila Abdullah dinamakan Timbalan PM Malaysia - sekali lagi teori R.A.H.M.A.N muncul. Serentak terasa macam baru sangat topik ini dibicarakan.

Apa yang nyata, aku pernah juga mendengar soseh-soseh N yang dinyatakan bukanlah Najib. Sebaliknya N itu adalah Nik Aziz.

Teori ini telah berakhir...Apa pula teori baru? Secara peribadi, aku menunggu detik apabila Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri...Untuk PM baru, selamat menjalankan tugas..

Mee Udang Taiping


Akhirnya, aku berjaya mencuba mee udang Taiping seperti yang dihebahkan oleh rakan media dan media cetak. Antara percaya dan tidak, semangkuk mee udang berharga RM12.00 dengan 5-7 ekor udang besar. Ada yang kata RM 10.00 semangkuk, ada 10 udang lagi..

Takpe la..5 ekor udang ini pun separa bersin aku dibuatnya. Sedap memang sedap. Rasa udang itu yang menyebabkan kuahnya sedap. Kalau tak, takde makna pun mee udang itu.
Rezeki pilihanraya, peniaga mee udang tersenyum sambil mengurut janggut. Udang pulak terlalu bodoh memikirkan rasional kenyataan di atas selaras dengan otaknya yang tak berfungsi itu.

Memetik kata Atan Lut :

Mee udang lebih sedap kalau percuma..