skip to main |
skip to sidebar
Aku dah lama tak membaca novel. Rasanya novel terakhir yang aku baca ialah novel Ahadiat Akashah yang entah apa Cinderella tajuknya. Itupun sebab member bawak masa aku masuk hospital. Kalau tak rasanya tak membaca aku novel yang isi perutnya membuatkan aku mual-mual.Minggu lalu, aku menghabiskan masa hujung minggu bercuti di Kuantan, Pahang. Sekali-sekala menghala ke Pantai Timur seronok juga sementelah hampir setahun lebih aku tak ke sana berdua. Jadi untuk mengelakkan kebosanan, aku beli suratkhabar Harian Metro dan majalah Media Hiburan. Err, rasanya dekat 11 tahun aku tak membeli majalah nie. Last dulu masa zaman remajaTengah-tengah belek majalah tu, adalah dipromosikan novel-novel dengan tajuk dan sinopsis cinta yang sendu. Aku dan Hadi pun mulalah bersembang kisah-kisah novel ini. Sinopsis mesti awek nie dah ada boifren pastu menggatal dengan mamat lain pulak. Ataupun awek nie dah bercinta bertahun-tahun tapi tak dapat restu mak bapak. Plot wajib mesti ada gaduh-gaduh manja, salah sangka dan eksiden yang menyebabkan cinta bertaut kembali. Dah tak cukup ideakan penulis novel di Malaysia? Kalau diorang boleh buat cerita pasal jamban X dan Lembu kena ceroboh sebagai bahan utama memang aku salute la!Jadi sepanjang perjalanan, terbitlah idea sebuah novel yang bakal di beli oleh Mitsuoka Company yang bertajuk 'Pemanduan Cinta'. Menurut khabarnya walaupun belum diterbitkan anak Yusof Haslam dah berminat nak buat versi filem. Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang memandu Hummer, Hadi Vertigo namanya. Dia mempunyai seorang kekasih tetap yang bernama Abby Valenciaga yang baru mendapat pemastautin tetap Malaysia setelah berhijrah dari Islamabad. Ketika dalam perjalanan ke Kuantan menaiki Hummer, Hadi sering bermain Blackberry Bold yang mengakibatkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian penuh ketika memandi. Abby pula terbongkang disebelah membayangkan Julian Mac Mahon akan datang ke Malaysia mengucapkan I LOVE YOU kepadanya selepas Abbu Valenciaga curang dengan Dr. House. Keadaan jalan yang berlubang-lubang dan hujan gerimis menyebabkan Abby dan Hadi yakin hidup ini tak selalunya indah. Adakah Hadi akan menukar wiper baru? Bagaimanapula nasib seat bercorak harimau seletah Abby mahu seat kulit buaya? Dapatkan novel 'Pemanduan Cinta' di toko buku berhampiran dan nantikan kemunculannya di Panggung Anniversary.Mesti box-office dan David Teo pun mulalah berkawan rapat dengan aku untuk mendapatkan skrip filem komedi seram terbaru..
No comments:
Post a Comment