Sunday, April 5, 2009

Tun Dr. M Kembali Pada UMNO - Sireh Pulang Ke Gagang


Akhirnya, Tun Dr. M kembali semula kepada UMNO. Selayaknya ibarat sireh pulang ke gagang, kemasukan semula beliau disambut baik oleh banyak pihak, khususnya pemimpin terkini UMNO dan hamba sahaya macam aku yang memerhatikan sepak terajang politik dari jauh.

Walau apapun sebab Tun Dr.M keluar UMNO satu masa dulu, buang la jauh-jauh rasa yang pelik-pelik di dalam jiwa. Beliau masih ramai penyokong, khususnya dikalangan orang Melayu. Jika tindakan inilah yang dapat menyatukan semula bangsa dan masyarakat Malaysia, mengapa tidak? Yang tak suka Tun Dr. M, UMNO dan kerajaan pasti bergantang-gantang kata-kata nista yang dilemparkan. Kebebasan bersuara..biarkan saja.

Apa lagi selepas ini? Tunggu ajelah...politik kita memang rancak - serancak lagu joget yang berkumandang di komputer riba aku yang banyak sungguh virusnya..

2 comments:

Anonymous said...

Bagus juga dia kembali kerana membantu PR menambahkan majoriti. Hahahaha

SITI NORBAINI said...

ha, awak rasa macam tu ke? kalau Tun M tak turun pun menang juga