Thursday, April 30, 2009

Paul Blart Yang Hanjeng..


Dalam sejarah aku menonton wayang, sekali saja aku terus keluar panggung biler citer tu memang tahap bosan giler babas. Citer yang tak semenggah itu ialah The Number 23 lakonan hampeh Jim Carrey. Walaupun dia berjaya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak dalam filem Ace Ventura dan Bruce Almighty, dalam filem di atas dia kategori hampeh geduak jua adanya.

Semalam, semasa menonton Paul Blart : Mall Cop, aku hampir-hampir mengeluarkan diri aku - sekali lagi. Tapi kerana adanya jagus rebus dan air coke sebagai bekalan, aku tahankan juga niat nak berambus dari panggung 4, GSC Summit USJ. Tapi kerana filem ini diterbitkan oleh Adam Sandler, aku tunggu la jugak.


Paul Blart : Mall Cop mengisahkan Paul Blart, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah. Paul tinggal bersama seorang anak separa sihat dan seorang ibu separa tua tanpa isteri. Isteri Paul meninggalkannya setelah berjaya mendapat Kad Hijau (haram jadah betul pendatang itu :) Paul mengidap 'hypoglecimia' - kurang gula dalam badan yang akan menyebabkan dia pengsan setiap kali kadar gula dalam badan berkurangan. Sudahlah begitu, keadaan fizikalnya yang begitu membesar bagai johan menyukarkan beliau mencari kekasih. Tetapi kehadiran Amy yang bekerja sebagai penjual rambut palsu di salah sebuah kiosk di pusat membeli-belah itu membuatkan Paul terasa ingin dicintai semula. Berlaku satu rompakan di situ yang menyebabkan keadaan menjadi kalut dan Paul berusaha menyelamatkan Amy dan anaknya yang menjadi tawanan perompak.


Watak Paul Blart dilakonkan oleh Kevin James dan Amy oleh Jayma Mays.
Setelah membuang masa sejam lebih di panggung, aku rasa cerita ini tahap lawak kejap-kejap la


Tak berbaloi untuk ditonton di pawagam apatah lagi membeli DVD haram. Kalau ada yang best pun hanyalah watak Pahud yang muncul sekejap-sekejap dengan loghat Indianya yang lucu.

Jayma Mays, gadis separa aneroxia ini yang jadi pilihan Adam Sandler memegang watak Amy. Apa dah tak ada muka lain ke yang lebih inesen dan lucu? Jayma Mays banyak berlakon dalam drama hebat sebagai pelakon pembantu seperti Ugly Betty, How I Met Your Mother etc dan filem Epic Movie. Lakonannya ok la... Tapi kalau bagi Anna Faris, perempuan yang berlakon Scary Movie tu lagi kena..

So, jangan tengok. Buang masa dan wang ringgit aje.

5 comments:

SITI NORBAINI said...

tqs mr lee...good to know :)

Al Hadi said...

filem ni sangat sangap

A~ said...

memang sangap. tapi kengkadang enjoy la jugak nengok movie ni selepas tersangap bekerja melayan bitches at work. relaxing. but agree, tak berbaloi nonton di wayang or DVD, unless terpaksa..hahahha

SITI NORBAINI said...

pengejar masa:-
tanpa pahud filem ini hilang seri

SITI NORBAINI said...

ana : bitches ada di mana2..termasuk dalam movie nie..