Friday, April 3, 2009

Teori R.A.H.M.A.N


Apabila Datuk Seri Najid Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, maka rakyat yang tak bijak pandai macam aku mulalah 'menggoogle' teori klasik ini. Untuk pengetahuan, aku telah mula mendengar teori ini sejak zaman sekolah rendah, antara usia 7 - 8 tahun. Ketika aku dilahirkan pada tahun 1981, Tun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4. Untuk itu, aku membesar dalam era pemerintahan Tun dan sebagai bekas Perdana Menteri, Tun amat istimewa dan sentimental di nurani aku.

Daripada bahan bacaan maya yang aku baca, menurut kisahnya teori ini diramalkan/diasaskan oleh seorang penulis buku politik iaitu Syed Hussien Al-Attas. Tahun bila teori ini bangkit tidak dapat aku pastikan. Tapi nyatanya teori R.A.H.M.A.N telah dibuktikan kesohehannya.

R.A.H.M.A.N
R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak)
H - Hussein (Tun Hussein Onn)
M - Mahathir (Tun Mahathir)
A - Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
N - Najib (Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak)


Berdasarkan teori ini, ramai pernah meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Tun Mahathir. Tahun 1998, lokasi di SM Lembah Keramat, kelas Matematik Tambahan aku, kawan-kawan rapat yang bulan haluannya dan seorang guru pernah berteka-teki siapakah yang bakal menggantikan Dr. M (ketika itu) kalau bukan Anwar? Apabila Abdullah dinamakan Timbalan PM Malaysia - sekali lagi teori R.A.H.M.A.N muncul. Serentak terasa macam baru sangat topik ini dibicarakan.

Apa yang nyata, aku pernah juga mendengar soseh-soseh N yang dinyatakan bukanlah Najib. Sebaliknya N itu adalah Nik Aziz.

Teori ini telah berakhir...Apa pula teori baru? Secara peribadi, aku menunggu detik apabila Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri...Untuk PM baru, selamat menjalankan tugas..

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya teori ni dah jadi R.A.H.M.A.M.

Nama penuh Najib ialaha Mohammad Najib bin Tun Razak. Jadi teori ni meleset sama sekali.

SITI NORBAINI said...

apa masalah awak? teori ini bukan ambil kira full name?? Tunku Abdul Rahman kalau ikut starts with A...Ikut apa umum panggil la..